Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X3 dengan Snapdragon 888 memperoleh mata tertinggi di AnTuTu

Oppo Find X3 dengan Snapdragon 888 memperoleh mata tertinggi di AnTuTu 1

Oppo Find X3 dengan Snapdragon 888 memperoleh mata tertinggi di AnTuTu 2
Oppo dijangka akan memperkenalkan telefon pintar siri flagship Find X3 pada suku pertama 2021 dan salah dari model didalam keluarga ini telah membuat penampilan di medan ujian AnTuTu.

Apa yang lebih menarik adalah, telefon pintar siri Find X3 ini telah memperoleh mata 771,491 yang merupakan rekod baru bagi telefon pintar dengan cipset Snapdragon 888.

Jumlah rasmi yang dikeluarkan oleh Qualcomm adalah 735,000 namun ujian AnTuTu ini adalah berdasarkan 4 komponen iaitu CPU, GPU, UX dan memori.

Walaubagaimanapun, kapasiti RAM dan storan telefon pintar Siri Find X3 yang melalui ujian AnTuTu ini tidak didedahkan oleh sumber namun ia dijangka memiliki RAM sekitar 12GB dengan storan yang besar.

Bercakap mengenai spesifikasi, Oppo Find X3 ini dijangka akan rampil dengan skrin paparan QHD+ berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Pada bahagian kamera, Find X3 dikatakan akan dilengkapi dengan sensor kamera utama 50MP Sony IMX766, sensor telefoto 13MP dengan 2x dan sensor zoom periskop ( bagi versi Pro).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.