Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 10i kini rasmi dengan Snapdragon 750G, skrin 120Hz dan Quad-Kamera 108MP

Xiaomi Mi 10i kini rasmi dengan Snapdragon 750G, skrin 120Hz dan Quad-Kamera 108MP 9
Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Mi 10i sebagai model terbaru didalam keluarga Mi 10 dan telefon pintar ini telah dikilangkan di India.

Xiaomi Mi 10i kini rasmi dengan Snapdragon 750G, skrin 120Hz dan Quad-Kamera 108MP 10

Xiaomi Mi 10i hadir dengan reka bentuk dan spesifikasi Redmi Note 9 Pro 5G yang hanya ditawarkan dipasaran China buat masa ini.

Xiaomi Mi 10i menampilkan pengunaan skrin paparan FHD+ berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz yang menyokong 6 kadar bingkai berbeza antara 30Hz hingga 120Hz ( dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan belakang).

Xiaomi Mi 10i kini rasmi dengan Snapdragon 750G, skrin 120Hz dan Quad-Kamera 108MP 11

Mi 10i juga hadir dengan pemproses Snapdragon 750G, 6 atau 8GB RAM berserta storan dalaman UFS 2.2 yang dua kali lebih pantas berbanding UFS 2.1.

Xiaomi Mi 10i kini rasmi dengan Snapdragon 750G, skrin 120Hz dan Quad-Kamera 108MP 12

Beralih kepada kamera, Mi 10i hadir dengan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 108MP, sensor ultrawide  8MP (120°), sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP selain kamera selfie 16MP.

Selain itu, Xiaomi Mi 10i disertakan dengan bateri berkapasiti 4,820mAh yang menyokonh  pengecasan pantas 33W (0-100% dalam masa 58 minit sahaja).

Mi 10i juga hadir dengan 11 antenna untuk penerimaan isyarat 5G, Wi-Fi dan Bluetooth yang lebih baik dan stabil.

Xiaomi Mi 10i kini rasmi dengan Snapdragon 750G, skrin 120Hz dan Quad-Kamera 108MP 13
Mi 10i hadir didalam warna Pacific Sunrise, Midnight Black dan Atlantic Blue

Harga penjualan Xiaomi Mi 10i di adalah seperti berikut:

Xiaomi Mi 10i 6/64GB – INR 20,999 (RM 1,151)

Xiaomi Mi 10i 6/128GB – INR 21,999 (RM 1,206)

Xiaomi Mi 10i 8/256GB – INR 23,999 (RM 1,315)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.