Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maskot realmeow akan mula dijual pada 1 Januari ini di Shopee – RM 429

Maskot realmeow akan mula dijual pada 1 Januari ini di Shopee - RM 429 1

Maskot realmeow akan mula dijual pada 1 Januari ini di Shopee - RM 429 2
Beberapa minggu lalu, realme secara rasminya telah memperkenalkan realmeow kepada umum iaitu maskot pertama syarikat ini.

realmeow dilihat mendapat perhatian yang sangat meluas dan kebanyakkan peminat ingin memiliki maskot realme ini.

Berita baik kepada anda, realme Malaysia telah mengumumkan penjualan eksklusif realmeow di Shopee pada 1 Januari ini pada harga RM 429.

Maskot realmeow ini adalah sesuatu yang amat eksklusif kerana hanya 800 unit sahaja dikeluarkan pada peringkat global.

Sedikit maklumat mengenai maskot realmeow ini, ianya telah direka oleh Mark A.Walsh, yang merupakan pengarah animasi terkemuka yang juga merupakan pereka Finding Nemo.

Seperti pada namanya, realmeow adalah berasakan kucing dan ianya hadir didalam warna kuning ‘realme’ selain penggunaan kacamata laser.

Selain itu, realmeow dikatakan berasal dari planet M58-2018828-S, berusia 18 tahun dan jantina adalah jantan.

Penjualan akan bermula pada 1 Januari 2021 iaitu tepat pada 12 tengah malam pada harga RM 429 di Shopee.

Beli maskot realmeow di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.