Siri Xiaomi Mi 11 akan dilancarkan 28 Disember ini dengan cipset Snapdragon 888
Selepas pelancaran cipset flagship Snapdragon 888 awal bulan ini, Xiaomi telah tampil memberikan pengesahan bahawa ianya akan menjadi syarikat pertama untuk melancarkan telefon pintar dengan cipset generasi baru Qualcomm ini.
Kini, tarikh pelancaran Xiaomi Mi 11 telah disahkan dan pelancaran telefon pintar ini ke pasaran China akan berlangsung pada 28 Disember ini.
Xiaomi Mi 11 dijangka akan ditawarkan didalam dua varian iaitu Mi 11 dan Mi 11 Pro yang dijangka akan hadir dengan pelbagai teknologi baru.
Selain itu, Mi 11 Pro dikatakan akan hadir dengan skrin paparan QHD+ yang memiliki kadar segar semula 120Hz, kamera utama 50MP dan sensor telefoto 12MP.
Selain pelancaran ke pasaran China, Xiaomi Mi 11 dijangka akan memasuki pasaran antarabangsa dan pelancaran itu dijangka berlangsung pada bulan Januari 2021.