Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Watch S Pro, Watch S Master Edition dan Buds Air Pro Master Edition kini rasmi


realme secara rasminya telah mengumumkan dua lagi varian jam pintar mereka susulan dari pelancaran realme Watch S baru-baru ini.

Dua varian yang diumumkan realme adalah realme Watch S Pro dan realme Watch S Master Edition.

realme Watch S Pro hadir dengan pemproses ARM Cortex-M4 dan dilengkapi skrin paparan AMOLED always-on berukuran 1.39-inci dengan nisbah 454×454.

Selain itu, realme Watch S Pro juga diperbuat daripada keluli tahan karat dengan berat sekitar 63.5 gram yang termasuk tali jam yang diperbuat dari kulit vegan atau silikon.

realme Watch S Pro juga hadir dengan sensor degupan jantung, bacaan SpO2 untuk mengukur kadar oksigen dan pelbagai fungsi kecergasan lain termasuk 15 aktiviti sukan.

Selain itu, Watch S Pro juga memiliki fungsi GPS dwi-satellite, kalis air 5ATM, 100 pilihan watch faces, bater 420mAh dan banyak lagi.

realme Watch S Pro ditawarkan pada harga INR 9,999 atau sekitar RM 550 sahaja.


Realme Watch S Master Edition

Realme Watch S Master Edition turut dilancarkan dan ianya ditawarkan dengan spesifikasi dalaman yang sama namun dengan rekaan luaran adalah dari artis korea iaitu Grafflex.

Realme Watch S Master Edition juga hadir dengan tali jam, watch facea dan kotak yang direka khas.

realme Watch S Master Edition hadir dengan harga INR5,999 (RM 330) dan akan memasuki pasaran India tidak lama lagi.


realme Buds Air Pro Master Edition

realme Buds Air Pro Master Edition telah direka oleh José Levy yang merupakan pereka realme Buds Q.

Fon telinga Buds Air Pro Master Edition TWS berkongsi spesifikasi dengan model biasa, tetapi mempunyai reka bentuk full mirro dan hadir dalam warna baru yang dikenali sebagai New Wave Silver dengan eartip berwarna hitam.

realme Buds Air Pro Master Edition hadir dengan harga INR 4,999 (RM 275) dan akan memasuki pasaran India mulai 8 Januari 2020.

Buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi samada realme Watch S Pro, realme Watch S Master Edition dan realme Buds Air Pro Master Edition akan memasuki pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.