Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi Watch Lite akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 17 Disember ini pada harga promosi RM 199


Xiaomi Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Mi Watch Lite akan memasuki pasaran tempatan mulai 20 Disember ini pada harga penjualan RM 249 sahaja.

Xiaomi Mi Watch Lite hadir dengan skrin paparan TFT LCD berukuran 1.4-inci yang memiliki resolusi 320*320 dengan 5 Watch Faces tersedia dalam peranti.

Walaupun versi “Lite”, jam pintar Xiaomi ini akan hadir dengan GPS terbina, bacaan tekanan udara dan altitud selain 11 mod kecergasan.

Selain itu, Mi Watch Lite juga hadir dengan bateri 230mAh yang memberikan 9 hari penggunaan.

Akhir sekali, Mi Watch Lite akan dibuka untuk pra-tempahan pada 17 Disember ini di Lazada pada harga RM 199 sahaja namun pada kuantiti yang terhad.

Mi Watch Lite akan hadir didalam 5 warna iaitu black, blue, green, white dan pink dengan tali jam yang mudah ditukar.

Selain pembelian di Lazada, Mi Watch Lite juga boleh dibeli di stor fizikal Xiaomi atau wakil penjual rasmi yang lain.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.