Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7 5G – Apa Yang Perlu Tahu Tentang Telefon Pintar 5G Terbaru realme ini

realme 7 5G – Apa Yang Perlu Tahu Tentang Telefon Pintar 5G Terbaru realme ini

realme, syarikat telefon pintar paling berkembang pesat di dunia yang telah berjaya menjual 50 juta unit telefon pintar didalam sejarah syarikat ‘muda’ ini.

Berpegang teguh kepada prinsip Dare to Leap, tahun 2020 telah menyaksikan realme memasuki industri produk AIoT dan penjagaan diri.

Walaubagaimanapun , fokus realme kepada pasaran telefon pintar masih menjadi kepentingan utama dan ini dibuktikan dengan pelancaran telefon pintar 5G pada harga yang lebih mampu milik iaitu realme 7 5G.

Berikut adalah apakah yang anda perlu tahu tentang teknologi 5G dan realme 7 5G yang akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Apa itu 5G?

5G adalah teknologi komunikasi masa hadapan yang menawarkan pengguna kebolehan keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat.

Lebih-lebih lagi, keupayaan teknologi 5G ini bukan sahaja mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding teknologi 4G, ia juga datang dengan sambungan yang lebih berkualiti dan stabil.

Dalam pada itu, kadar lengahan (latency) pada teknologi 5G adalah sangat minimum iaitu sekitar 1 milisaat.

Secara ringkasnya, 5G akan membawa perubahan besar kepada pelbagai industri penting seperti komunikasi, perubatan dan keselamatan.

Skrin Paparan Ultra Smooth 120Hz

Kegunaan sesuatu telefon pintar telah melangkaui fungsinya sebagai peranti perhubungan dan telefon pintar kini juga berfungsi sebagai peranti gaming mudah alih.

Untuk melayakkan sesuatu telefon pintar sebagai peranti gaming, panel skrin yang digunakan mesti mempunyai kadar segar semula yang tinggi iaitu antara 90Hz hingga 120Hz.

Menariknya, realme 7 5G berada didalam kategori telefon pintar dengan panel skrin 120Hz yang mampu menghasilkan 120 bingkai sesaat atau sekitar 100% lebih banyak berbanding skrin paparan 60Hz yang masih digunakan oleh pengeluar telefon pintar dipasaran.

Selain itu, skrin paparan realme 7 5G juga dilengkapi kadar pensampelan 180Hz yang memastikan setiap input pada skrin mendapat respons yang serta merta terutama sekali ketika sesi gaming.

Lebih-lebih lagi, telefon pintar 5G terbaru realme ini hadir dengan skrin paparan berukuran 6.5-inci yang mempunyai resolusi FHD+ (2400*1080) dan reka bentuk yang kompak.

Akhir sekali, realme 7 5G juga mempunyai sistem yang akan mengubah kadar segar semula skrin secara automatik mengikut keperluan sistem dan menawarkan keseimbangan antara pengalaman visual dan penjimatan bateri.

Cip Pemprosesan MediaTek Dimensity 800U 5G 

realme 7 hadir dengan pemproses MediaTek Dimensity 800U 5G yang berkuasa tinggi setaraf dengan keperluan teknologi 5G.

Menariknya, cip pemprosesan MediaTek Dimensity 800U 5G ini telah memperoleh mata benchmark AnTuTu yang sangat mengagumkan iaitu sekitar 323,076 mata.

sumber : nanoreview.com

Dalam pada itu, pemproses Snapdragon 765 yang merupakan pemproses setaraf dengan Dimensity 800U hanya memperoleh 286,132 mata pada ujian AnTuTu.

Selain itu, pemproses ini diperbuat daripada proses 7nm yang menjadikanya satu cip yang berkuasa tinggi dan efisien.

Lebih-lebih lagi, cip ini terdiri daripada dua teras Cortex-A76 berprestasi tinggi pada kelajuan 2.4GHz dan 6 teras Cortex-A55 berkelajuan sehingga 2GHz serta unit pemprosesan grafik (GPU) Mali-G57.

Apabila dibandingkan dengan pemproses Siri Dimensity 700, pemproses Dimensity 800U yang digunakan pada realme 7 5G menawarkan kelajuan pembukaan aplikasi yang 1.4x lebih pantas manakala markah ujian benchmark adalah bagi CPU adalah 11% lebih pantas selain prestasi GPU yang 28% lebih pantas.

Secara keseluruhan, realme 7 5G mampu menawarkan anda pengalaman gaming yang terbaik didalam kelas harganya.

Sokongan 5G+5G DSDS

Cipset Dimensity 800U menawarkan prestasi rangkaian 5G terbaik pada realme 7 5G yang menjadikanya antara telefon pintar pertama untuk menyokong rangkaian 5G+5G DSDS pada segmen harga ini.

5G DSDS bermaksud realme 7 5G membawakan sokongan rangkaian 5G pada kedua-dua SIM untuk anda menikmati pengalaman internet berkelajuan tinggi dimana sahaja.

Akhir sekali, realme 7 5G menjanjikan pengguna pengalaman teknologi 5G yang terpantas dan menyeluruh tidak kira siapa penyedia rangkaian telekomunikasi pilihan anda.

Walaubagaimanapun, menyedari teknologi 5G yang masih belum sedia untuk ditawarkan kepada pengguna awam, realme 7 5G juga akan menawarkan sokongan terbaik bagi jalur 2G,3G dan 4G.

realme 7 5G dijangka akan menjadi antara telefon pintar 5G paling mampu milik di pasaran Malaysia apabila telefon pintar ini memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

realme 7 5G telah disahkan akan dilancarkan pada 17 Disember ini dan anda boleh menyaksikan siaran langsung majlis pelancaran ini di Facebook realme Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.