realme 7 5G akan dilancarkan di Malaysia 17 Disember ini – Cipset Dimensity 800U dan skrin 120Hz
realme secara rasminya telah mengumumkan penawaran realme 7 5G ke pasaran Malaysia yang membawakan teknologi 5G pada harga bajet dengan pengunaan cipset Dimensity 800U.
realme 7 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Disember ini dan ianya memberikan peminat realme satu telefon pintar 5G pada harga yang lebih diakses oleh semua.
Cip Dimensity 800U 5G ini hadir dengan modem 5G terbina dan sokongan dwi-SIM 5G.
Selain itu, CPU cip pemprosesan keluaran MediaTek ini terdiri daripada dua teras Cortex A76 berkelajuan 2.4GHz bersama-sama 6 teras Cortex-A55 berkelajuan 2.0GHz selain GPU Mali-G57.
realme 7 5G ini hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan terdapat juga sensor selfie 16MP manakala sensor capjari adalah pada butang kuasa di sisi.
realme 7 5G ini juga hadir dengan sensor utama 48Mp, sensor ultrawide 8MP, sensor monokrom dan makro pada resolusi 2MP
Selain itu, realme 7 juga hadir dengan realme UI berasaskan Android 10, pembesar suara Dolby Atmos dan bateri 5,000mAh turut disertakan pengecasan pantas 30W Dart Charge (0-100% dalam 65 minit).
realme 7 5G dijangka akan ditawarkan didalam kapasiti iaitu 6/128GB.
Majlis pelancaran realme 7 5G boleh disaksikan secara langsung di Facebook realme Malaysia.