Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A93 kini ditawarkan pada harga RM 1,199 sahaja


Oppo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar didalam siri Oppo A iaitu Oppo A93 akan ditawarkan pada harga RM 1,119 sahaja.

Sebagai rekod, Oppo A93 telah dilancarkan di Malaysia pada awal bulan Oktober yang lalu pada harga RM 1,299 dan selang dua bulan, ianya kini ditawarkan pada harga RM 100 lebih murah.

Teru kepada spesifikasi, Oppo A93 hadir dengan skrin paparan dual punch-hole Super AMOLED FHD+ 6.34-inci dengan reka bentuk yang nipis iaitu hanya 7.4mm.

Dari segi dalaman, Oppo A93 dilengkapi dengan pemproses MediaTek Helio P95, 8GB RAM, 128GB storan dalaman dan bateri 4,000mAh yang lengkap pengecasan pantas 18W.

Kamera belakang Oppo A93 ini terdiri daripada sensor utama 48MP, sensor wide angle 8MP dan 2 sensor mono 2MP manakala dua unit kamera selfie adalah satu sensor 16MP dan satu sensor depth 2MP.

Selain itu, Oppo A93 juga memiliki sensor capjari terbina dalam skrin ( In-Display Fingerprint 3.0), ColorOS 7.2, slot microSD dan sokongan dwi-SIM.

Oppo A93 ini ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Matte Black dan Metallic White

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.