Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy S21 Tidak Akan Mempunyai Adapter Pengecasan & Earphone Dalam Kotak


Tahun 2020 telah menyaksikan Apple mula menjual telefon pintar iPhone tanpa adapter pengecasan dan perkara ini telah mendapat kritikan hebat dari dunia Android yang termasuk Samsung.

Walaubagaimanapun, Samsung dilihat bakal mengikut jejak Apple dengan tidak menyertakan adapter pengecasan pada siri Samsung Galaxy S21 yang terdiri daripada tiga model iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra.


Siri Samsung Galaxy S21 telah mendapat kebenaran untuk penjualan di Brazil dan agensi regulasi negara ini telah mengeluarkan notis yang mengatakan telefon pinyar ini tidak akan dijual dengan adapter dan earphone didalam kotak.

Dengan ini, Apple telah memulakan satu trend baru didalam pasaran telefon pintar dunia yang mana adapter dan earphone tidak lagi ditawarkan dengan pembelian.

Seperti Apple, Samsung juga akan mendakwa bahawa ianya adalah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Apa pun segala persoalan mengenai trend baru ini pada telefon pintar Samsung dijangka akan terjawab pada pelancaran siri Galaxy S21 yang dijangka akan berlangsung pada pertengahan bulan Januari 2021.

sumber : GSMArena | sumber gambarĀ 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.