Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan Hebat Pertama Produk AIoT realme Pada Harga Serendah RM 69 Akan Berlangsung Pada 12 Disember ini di Shopee & Lazada

Jualan Hebat Pertama Produk AIoT realme Pada Harga Serendah RM 69 Akan Berlangsung Pada 12 Disember ini di Shopee & Lazada

realme, syarikat yang terkenal dengan semangat ‘Dare to Leap’ telah memasuki pasaran Malaysia pada penghujung 2018 dengan impian untuk menawarkan pengguna akses kepada telefon pintar pada harga yang lebih berpatutan.

Berbekalkan kejayaan yang dikecapi realme didalam pasaran telefon pintar yang menyaksikan syarikat ini dinobatkan sebagai syarikat paling berkembang pesat didunia, realme telah mula mengembangkan portfolio produk mereka dengan memasuki pasaran produk AIoT pintar.

Pada awal tahun 2020, realme Malaysia telah memperkenalkan barisan produk AIoT yang telah mendapatkan respons yang amat positif dari pengguna di Malaysia

Demi meneruskan momentum positif didalam pasaran produk AIoT ini, realme dilihat ingin menutup tirai 2020 dengan melancarkan 7 lagi produk AIoT kepada peminat realme di Malaysia.

realme Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan 7 produk AIoT iaitu realme Smart Cam 360°, realme Buds Air Pro, realme Buds Wireless Pro, realme Watch S, realme N1 Sonic Electric Toothbrush, realme Selfie Tripod dan realme Smart TV.


realme Smart Cam 360° 

Kamera keselamatan realme Smart Cam 360° ini menawarkan anda rakaman video 1080p dengan fungsi rakaman malam inframerah yang dan ianya turut dibantu oleh pengawas pergerakan AI Motion Detection.

Lebih-lebih lagi, kamera keselamatan pintar ini juga dilengkapi dengan gimbal mekanikal yang boleh berputar pada pelbagai arah sekaligus menghilangkan titik buta.

realme Smart Cam 360° akan hadir dengan harga penjualan RM 199.

realme Buds Air Pro

TWS terbaru ini meneruskan lagi legasi realme Buds Air Neo dengan teknologi audio yang lebih baik.

realme Buds Air Pro menawarkan pengguna teknologi pembatalan bunyi aktif sehingga 35dB selain mod Super Low Latency 94ms dan waktu pendengaran sehingga 25 jam.

Apa yang menarik, walaupun produk audio realme ini telah dinaik-taraf dengan pelbagai teknologi yang baru, realme Malaysia masih mengekalkan harga realme Buds Air Pro pada harga yang amat kompetitif iaitu hanya RM 369.

realme Buds Wireless Pro

realme Buds Wireless Pro merupakan peranti audio yang mempunyai reka bentuk sama seperti realme Buds Wireless namun dengan teknologi pembatalan bunyi sehingga 35dB dan Sony LDAC Hi-Res Audio.

Selain itu, peranti ini juga menawarkan pengguna waktu pendengaran sehingga 22 jam dan terdapat juga mod Super Low Latency Gaming 119 ms.

realme Buds Wireless akan hadir dengan harga penjualan RM 199.

realme Watch S

realme Watch S boleh dikatakan sebagai peranti AIoT realme yang amat dinanti pelancaranya di pasaran Malaysia.

Ia adalah satu jam pintar yang hadir dengan reka bentuk jam tradisional (bulat) dan pensijilan kalis air IP68 (1.5m). 

Lebih-lebih lagi, jam pintar ini juga tampil dengan skrin paparan berukuran 1.3-inci (3.3cm)  yang dilapisi gelas keselamatan 2.5D Corning Gorilla Glass dan anda boleh juga diberikan 100 reka bentuk Watch Faces.

Selain itu, jam pintar terbaru realme ini turut disertakan dengan Real-time Heart Rate Monitor, Blood Oxygen Saturation Level Monitor, 16 mod kecergasan dan pelbagai fungsi kesihatan yang lain.

Dalam pada itu, jangka hayat bateri yang dimiliki oleh realme Watch S adalah sekitar 15 hari penggunaan yang bermaksud anda tidak perlu mengecas jam pintar ini setiap hari.

realme Watch S akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 369 sahaja yang menjadikanya antara jam pintar serba lengkap pada harga yang kompetitif.

realme N1 Sonic Electric Toothbrush

Berus gigi elektronik terbaru realme N1 Sonic ini adalah produk penjagaan diri terbaru daripada syarikat ini dan ianya tampil dengan tag harga yang lebih berpatutan.

realme N1 Sonic Electric Toothbrush juga menampilkan penggunaan motor sonic berfrekuensi tinggi yang mampu berputar sebanyak 20,000 kali/minit.

Selain itu, bulu berus gigi yang digunakan pada N1 Sonic Electric Toothbrush adalah bulu antibakteria DuPont 99.99%.

Dalam pada itu, berus gigi pintar terbaru realme ini juga menawarkan jangka hayat penggunaan sehingga 130 hari.

realme N1 Sonic Electric Toothbrush akan hadir dengan harga penjualan RM 99 sahaja.

realme Selfie Tripod

realme Selfie Tripod diperbuat daripada bahan aluminium aloi yang sangat ringan dengan berat yang lebih ringan dari sebuah telefon pintar iaitu hanya 162.5 gram.

Dalam pada itu, tripod ini juga memiliki butang shutter berasingan yang bermaksud anda boleh mengambil gambar dari jarak sejauh 10 meter dengan sambungan Bluetooth 5.1 (ke telefon pintar).

Selain itu, Tripod daripada realme ini juga sangat stabil walaupun dipasangkan dengan telefon pintar yang berat dan ini membolehkan anda mengambil video atau gambar yang lebih baik.

realme Selfie Tripod ini akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 99.

Jualan Hebat Pertama Pada 12.12 

Berita baik kepada peminat produk AIoT realme, syarikat ini telah mengesahkan bahawa penjualan pertama akan berlangsung pada 12 Disember ini melalui platform e-dagang popular di Malaysia iaitu Lazada dan Shopee.

Berikut adalah harga istimewa bagi produk AIoT realme yang akan ditawarkan di Lazada 12.12 

realme Buds Wireless Pro – RM199

realme Smart Cam 360° – RM 149

realme N1 Sonic Electric Toothbrush- RM 69

Berikut adalah harga istimewa bagi produk AIoT realme yang akan ditawarkan di Shopee 12.12 

realme Selfie Tripod – RM 69

realme Buds Air Pro – RM 299

realme Watch S – RM 299

Jualan eksklusif online ini akan bermula pada tengah malam 12 Disember mengikut platform yang telah diumumkan.

Akhir sekali, pelancaran produk AIoT realme ini sudah pasti bakal mendapat sambutan yang baik di kalangan pengguna di Malaysia dan ini juga akan dijadikan ukuran untuk realme membawa masuk lebih banyak produk AIoT ke pasaran Malaysia tahun hadapan.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.