Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Golden Screen Cinema (GSC) umum pembukaan 9 pawagam mereka mulai 16 Disember ini

GSC dibuka semula mulai 16 Disember 2020
Berikutan pengumuman kemas kini CMCO pada 5 Disember 2020, Golden Screen Cinemas (GSC) secara rasminya telah mengesahkan bahawa akan membuka semula 9 lokasi GSC mulai 16 Disember, 6 petang dengan previu istimewa Wonder Woman 1984 ( bermula jam 6 petang).

Penjualan tiket juga akan bermula pada hari yang sama.

Berikut adalah lokasi pawagam GSC yang akan dibuka mulai 16 Disember ini :

1. GSC Aman Central, Kedah

2. GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang

3. Karnival Sunway GSC, Pulau Pinang

4. GSC Dataran Pahlawan, Melaka

5. GSC AEON Bandaraya Melaka

6. GSC Alamanda, Putrajaya

7. GSC East Coast Mall, Kuantan, Pahang

8. GSC Mentakab Star Mall, Pahang

9. GSC CityONE Megamall, Kuching

Seperti yang dimaklumkan MKN, pawagam GSC di Kuala Lumpur dan Selangor masih ditutup berikutan lanjutan PKPB sehingga 20 Disember 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.