Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate40 Pro akan ditawarkan di Malaysia mulai 12 Disember pada harga RM 4,299 – percuma Huawei Sound X (RM 1,299)

Huawei Mate40 Pro Malayska

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu HUAWEI Mate40 Pro akan mula ditawarkan di Malaysia pada 12 Disember ini pada harga RM 4,299.

Apa yang menarik adalah, setiap pembelian HUAWEI Mate40 Pro ini akan menerima hadiah percuma yang bernilai RM 3,300 dan ini termasuk HUAWEI Sound X yang bernilai RM 1,299.

Selain itu, HUAWEI Mate40 Pro ini akan ditawarkan didalam satu pilihan warna sahaja buat masa ini iaitu Mystic Silver dan anda boleh mencuba sendiri telefon pintar ini di HUAWEI Experience Store (HES) mulai 12 Disember ini.

Berikut adalah hadiah percuma yang ditawarkan dengan setiap pembelian HUAWEI Mate40 Pro :

HUAWEI Sound X – 1,000 unit – ditebus melalui HUAWEI Member Centre antara 18-20 Disember 2020

HUAWEI Video – 3 bulan dimsum (RM18) + 1 bulan  langganan HUAWEI Video (RM 15)

HUAWEI Book – penebusan mulai 12 Disember 2020 (RM 40)

HUAWEI Pay (RM 100)

HUAWEI Member Centres (RM 1,800)

50GB Cloud Storage (RM 46.80)

Huawei Mate40 Pro dan Mate40 Pro+ kini rasmi – Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik dipasaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.