Pemproses Snapdragon 888 kini rasmi – prestasi GPU kini 35% lebih baik dan menyokong gaming 144fps
Qualcomm secara rasminya telah memperkenalkan cip pemprosesan flagship 2021 mereka yang dikenali sebagai Snapdragon 888.
Walaupun baru diperkenalkan kepada umum, Qualcomm telah memberikan akses awal kepada Asus, Black Shark, Lenovo, LG, Meizu, Motorola, Nubia, Realme, OnePlus, Oppo, Sharp, Sony, vivo, Xiaomi dan ZTE yang membawa maksud bahawa kesemua syarikat ini akan memperkenalkan telefon pintar flaghip dengan cipset baru ini.
Apa yang menarik, GPU pada Snapdragon 888 ini disasarkan untuk menawarkan sokongan gaming pada kadar 144fps yang akan membuka lembaran baru didalam gaming pada peranti mudah alih namun keupayaan CPU pemproses ini masih ‘dirahsiakan’.
Selain itu, Spectra ISP pada Snapdragon 888 kini adalah 35% lebih pantas berbanding generasi sebelum ini dan di atas kertas ianya mampu memproses 2.7Gbps data imej didalam sesaat (120 gambar pada resolusi 12MP).
Selain itu, Snapdragon 888 juga akan hadir denhan modem 5G generasi ketiga syarikat ini iaitu Snapdragon X60 yang menawqrkan sokongan sub-6, mmWave 5G dan hampir kesemua jalur 5G global serta sokongan dwi-SIM.
Snapdragon 888 juga menawarkan sokongan Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.2.
Pelancaran telefon pintar pertama dengan cipset Snapdragon 888 ini dijangka pada awal Januari 2021.