Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

5 telefon pintar flaghsip dengan Snapdragon 875 dengan Quick Charge 5 (100W) akan dilancarkan pada suku pertama 2021

5 telefon pintar flaghsip dengan Snapdragon 875 dengan Quick Charge 5 (100W) akan dilancarkan pada suku pertama 2021 1

5 telefon pintar flaghsip dengan Snapdragon 875 dengan Quick Charge 5 (100W) akan dilancarkan pada suku pertama 2021 2
Qualcomm secara rasminya akan memperkenalkan cip pemproses Snapdragon 875 pada 1 Disember dan ianya menjanjikan pretasi cipset yang lebih pantas selain sokongan pengecasan pantas 100W dengan pengunaan teknologi Quick Charge 5.

Digital Chat Station mendakwa bahawa pasaran telefon pintar dunia akan menyaksikan pelancaran 5 telefon pintar flaghsip yang menawarkan cip Snapdragon 875 yang juga menyokong pengecasan pantas 100W pada suku pertama 2021.

5 telefon pintar flaghsip dengan Snapdragon 875 dengan Quick Charge 5 (100W) akan dilancarkan pada suku pertama 2021 3

Syarikat yang dikatakan akan mengeluarkan peranti flagship mereka dengan teknologi terbaru ini adalah Siri Samsung Siri Galaxy S21, OnePlus 9 Pro, Xiaomi Mi 11 Pro dan satu telefon pintar Meizu.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada telefon pintar ini akan menyertakan sokongan pengecasan 100W yang ditawarkan oleh cipset ini.

5 telefon pintar flaghsip dengan Snapdragon 875 dengan Quick Charge 5 (100W) akan dilancarkan pada suku pertama 2021 4

Walaupun Quick Charge 5 menawarkan output pengecasan sehingga 100W, syarikat seperti Samsung, Xiaomi dan OnePlus sudah pasti mahu mengeluarkan teknologi pengecasan pantas mereka yang tersendiri walaupun ianya tidak sepantas QC 5.

5 telefon pintar flaghsip dengan Snapdragon 875 dengan Quick Charge 5 (100W) akan dilancarkan pada suku pertama 2021 5

Selain itu, pengunaan teras Cortex-X1 juga adalah sesuatu yang dinanti kerana ianya menjanjikan 20% peningkatan prestasi berbanding Cortex-A78.

Selain Snapdragon 875, cipset Exynos 2100 juga akan menjadi antara cipset pertama untuk menggunapakai teras X1.

Cip Exynos 2100 juga akan digunakan pada Siri Samsung Galaxy S21 dan ditawarkan pada pasaran tertentu.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.