Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan Siri HUAWEI Mate40 di China Menyaksikan Stok Habis Terjual Dalam 28 Saat Sahaja


Selepas melancarkan generasi baru siri HUAWEI Mate40 pada bulan Oktober, HUAWEI baru-baru ini telah memulakan penjualannya di China, yang telah  menyaksikan Siri HUAWEI Mate40 memecahkan rekod dimana kesemua stok habis didalam masa 28 saat sahaja!

Pelanggan dilaporkan telah berbaris sejak awal pagi namun masih ada yang tidak berjaya mendapatkan HUAWEI Mate40 yang serba baru ini.

Huawei Mate40 kini rasmi – skrin OLED 90hz, Kirin 9000E dan tri-kamera Super Sensing 50MP

Selain itu, Siri HUAWEI Mate40 ini juga telah kehabisan stok di platform e-dagang HUAWEI rasmi dan ini melambangkan kepercayaan berterusan pengguna terhadap HUAWEI dan produk yang ditawarkan syarikat.


“Kami sangat berbesar hati untuk mendapat sokongan berterusan dari pengguna kami. Hanya sepuluh tahun yang lalu, HUAWEI hanya mempunyai 1 juta pengguna.

Hari ini, kita telah memiliki 1 bilion pengguna HUAWEI, di mana sebahagian besar 700 juta adalah pengguna telefon pintar, “kata Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan Pengguna (CBG) HUAWEI. “Walaupun kami terus menghadapi pelbagai cabaran, kami cukup yakin bahawa kami dapat mengatasi, didorong dan dimotivasi oleh sokongan pengguna kami.”

Pada tahun 2019, HUAWEI mencatatkan lebih daripada 240 juta telefon pintar terjual di seluruh dunia, mengatasi tahun 2018 yang mencatatkan penjualan sebanyak 200 juta unit.

Siri HUAWEI P30 dan HUAWEI Mate30 bersama-sama telah mencatatkan peningkatan lebih dari 50% YOY berbanding tahun 2018.

Firma penyelidikan Gartner juga melaporkan bahawa HUAWEI adalah satu-satunya daripada lima vendor telefon pintar global teratas yang mencapai pertumbuhan dua digit dalam penjualan telefon pintar pada suku ketiga 2019.

Visual Capitalist juga melaporkan bahawa HUAWEI telah menduduki tempat pertama bersama-sama Samsung dengan memiliki 20% bahagian pasaran untuk telefon pintar, manakala Apple ditempat ketiga dengan 14%, diikuti Xiaomi dengan 10%, OPPO 9%, VIVO 8% dan Lenovo pada 3%.

Huawei Mate40 Pro dan Mate40 Pro+ kini rasmi – Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik dipasaran

Siri HUAWEI Mate40 telah dilancarkan pada 22 Oktober 2020 dan ia mempamerkan kejayaan teknologi HUAWEI, siri baru yang mengukuhkan dedikasi HUAWEI terhadap inovasi dan tekadnya yang berterusan untuk mencipta telefon pintar siri Mate terbaik.

Direka untuk membolehkan pengguna melangkah lebih jauh, Seri HUAWEI Mate40 menjanjikan pengalaman pengguna yang baru, yang akan merevolusikan bagaimana pengguna mengintegrasikan telefon pintar ke dalam kehidupan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HUAWEI Mate40 yang baru dan produk HUAWEI yang lain, pastikan anda melayari halaman Facebook HUAWEI di www.facebook.com/HUAWEIMobileMY.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.