Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate40 kini rasmi – skrin OLED 90hz, Kirin 9000E dan tri-kamera Super Sensing 50MP

Huawei Mate40 kini rasmi - skrin OLED 90hz, Kirin 9000E dan tri-kamera Super Sensing 50MP 13
Huawei secara rasminya telah memperkenalkan siri Huawei Mate40 sebentar tadi dan syarikat ini telah memperkenalkan tiga model bersama-sama satu model Huawei Mate40 Porsche Design RS.

Huawei Mate40 Pro dan Mate40 Pro+ kini rasmi – Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik dipasaran

Huawei Mate40 kini rasmi - skrin OLED 90hz, Kirin 9000E dan tri-kamera Super Sensing 50MP 14

Huawei Mate40 juga menampilkan reka bentuk yang sama seperti model lain didalam keluarga Mate ini namun ianya menampilkan reka bentuk melengkung yang lebih rendah iaitu 66-darjah dengan panel belakang yang menampilkan reka bentuk kamera Space Ring.

Huawei Mate40 kini rasmi - skrin OLED 90hz, Kirin 9000E dan tri-kamera Super Sensing 50MP 15

Huawei Mate40 boleh dikatakan sebagai model entry-level didalam siri ini namun telefon pintar ini masih menawarkan pengguna skrin paparan Flex OLED 90hz berukuran 6.5-inci dengan resolusi FHD+
Huawei Mate40 kini rasmi - skrin OLED 90hz, Kirin 9000E dan tri-kamera Super Sensing 50MP 16

Terus kepada kamera, Huawei Mate40 menampilkan tetapan tiga kamera dibelakang iaitu sensor utama Super Sensing Wide 50MP yang merupakan sensor terbesar dipasaran. sensor utama ini juga di padankan dengan sensor ultrawide 16MP dan sensor telefoto 8MP yang menawarkan 5x zoom optik.

Huawei Mate40 kini rasmi - skrin OLED 90hz, Kirin 9000E dan tri-kamera Super Sensing 50MP 17

Huawei Mate40 hadir dengan cipset Kirin 9000E yang memiliki kuasa pemprosesan sedikit rendah berbanding Kirin 9000 yang digunakan pada Mate40 Pro dan Mate40 Pro+.

Selain itu, Huawei Mate40 juga disertakan dengan 8GB RAM, bateri berkapasiti 4,200mAh yang menawarkan pengecasan pantas 40W namun tiada sokongan pengecasan tanpa wayar.

Huawei Mate40 kini rasmi - skrin OLED 90hz, Kirin 9000E dan tri-kamera Super Sensing 50MP 18
Huawei Mate40 juga akan hadir dengan pensijilan kalis air IP53, pembesar suara dual stereo speaker yang menawarkan kekuatan bass 150% lebih tinggi, EMUI 11 dan Huawei MeeTime.

Huawei Mate40 Malaysia
Huawei Mate40 dijangka akan hadir dengan €899 (RM 4,420) iaitu bagi kapasiti 8/128GB namun tarikh penjualan masih belum diumumkan.

*harga penjualan di Eropah kebiasaanya lebih tinggi berbanding harga di Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.