Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 10X Lite telah dilancarkan secara rasmi


Honor secara rasminya telah memperkenalkan Honor 10X Lite ke pasaran global dan telefon pintar ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Terus kepada spesifikasi, HONOR 10X Lite hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.67-inci yang juga telah menerima pensijilan TÜV Rheinland-certified low blue light eye comfort, pemproses Kirin 710A, 4GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, HONOR 10X Lite juga disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut menawarkan sokongan pengecasan pantas 22.5W HUAWEI SuperCharge selain pengecasan berbalik 2.5W.

Selain itu, HONOR 10X Lite juga disertakan dengan teknologi quad-kamera yang terdiri daripada satu sensor utama 48MP + sensor ultrawide 8MP + sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP selain kamera selfie 8MP yang lengkap dengan AI Beautification.

HONOR 10X Lite juga hadir dengan EMUI 10.1, panggilan video MeeTime dan HUAWEI AppGallery.

HONOR 10X Lite akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Emerald Green dan Icelandic Frost

Harga penjualan HONOR 10X Lite di pasaran Eropah adalah €229.9 (RM 1,118) namun harga penjualan di Malaysia dijangka lebih rendah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.