Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Apple iPhone 12 Malaysia – pra-tempahan dibuka mulai 6 November pada harga dari RM 3,399

Siri Apple iPhone 12 Malaysia - pra-tempahan dibuka mulai 6 November pada harga dari RM 3,399 1

Siri Apple iPhone 12 Malaysia - pra-tempahan dibuka mulai 6 November pada harga dari RM 3,399 2
Siri Apple iPhone 12 Malaysia – pra-tempahan dibuka mulai 6 November

Penantian peminat Apple bagi memiliki siri telefon pintar Apple iPhone 12 akan berakhir tidak lama lagi kerana wakil penjual tempatan di Malaysia telah mengesahkan bahawa pra-tempahan bagi iPhone 12 akan dibuka mulai 6 November ini.Siri Apple iPhone 12 Malaysia - pra-tempahan dibuka mulai 6 November pada harga dari RM 3,399 3

Tinjauan di laman Facebook Switch dan Machines Malaysia mendapati, syarikat ini telah mengesahkan bahawa Apple iPhone 12 Pro akan mula dibuka untuk pra-tempahan mulai 6 November dengan penjualan bermula pada 13 November.

Apa yang sedikit mengelirukan adalah, kedua pengedar ini hanya mengesahkan bahawa iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max akan dibuka untuk pra-tempahan (iPhone 12 dan iPhone 12 Mini juga dijangka akan ditawarkan pada hari yang sama).

Selain itu, Apple Flaghsip Store di Lazada juga telah mengesahkan perkara kesemua model iPhone 12 akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 6 November ini pada jam 9 malam.

Selain itu, syarikat telekomunikasi Digi pula telah mengesahkan bahawa mereka akan membuka pra-tempahan semua model iPhone 12 iaitu iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max pada 6 November ini.

Siri Apple iPhone 12 Malaysia - pra-tempahan dibuka mulai 6 November pada harga dari RM 3,399 4

Berikut adalah harga penjualan siri Apple iPhone 12

Apple iPhone 12 Mini 64GB – RM 3,399
Apple iPhone 12 Mini 128GB – RM 3,599
Apple iPhone 12 Mini 256GB – RM 4,099

Apple iPhone 12 64GB – RM 3,899
Apple iPhone 12 128GB – RM 4,099
Apple iPhone 12 256GB – RM 4,599

Apple iPhone 12 Pro 128GB – RM 4,899
Apple iPhone 12 Pro 256GB – RM 5,399
Apple iPhone 12 Pro 512GB – RM 6,299

Apple iPhone 12 Pro Max 128GB – RM 5,299
Apple iPhone 12 Pro Max 256GB – RM 5,799
Apple iPhone 12 Pro Max 512GB – RM 6,699

Siri Apple iPhone 12 kini rasmi di Malaysia – 4 model dengan sokongan 5G pada harga serendah RM 3,399 sahaja

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.