Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme narzo 20 Pro Malaysia – Skrin Paparan Ultra Smooth 90Hz Terbaik Hiburan Tanpa Had & Permainan Tanpa Henti

realme narzo 20 Pro Malaysia – Skrin Paparan Ultra Smooth 90Hz Terbaik Hiburan Tanpa Had & Permainan Tanpa Henti

Pengesahan bahawa telefon pintar narzo by narzo akan memasuki pasaran Malaysia sekali lagi menjadi bukti kepada kesediaan realme untuk menawarkan pengguna Malaysia telefon pintar dengan teknologi premium pada harga yang kompetitif.

realme narzo 20 Pro telah disahkan akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi dan telefon pintar pertama didalam siri narzo di Malaysia ini akan hadir dengan beberapa teknologi kelas flaghsip.

realme narzo 20 Pro sebelum ini telah disahkan akan hadir dengan pemproses gaming MediaTek Helio G95 dan teknologi pengecasan 65W SuperDart.

Kini, realme Malaysia juga telah mengesahkan bahawa realme narzo 20 Pro akan hadir dengan skrin paparan 90Hz Ultra Smooth Display.

Kemampuan realme untuk menawarkan teknologi skrin 90Hz Ultra Smooth pada hampir kesemua model terbaru realme adalah sesuatu yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain.

Kredit : realme India 

90Hz Ultra Smooth Display

Skrin paparan realme narzo 20 Pro yang berukuran 6.5-inci ini memiliki kadar segar semula 90Hz dan ianya turut menyokong dengan kadar pensampelan 120Hz. 

Dalam pada itu, kadar segar semula 90Hz bermaksud skrin paparan realme narzo 20 Pro ini berupaya menghasilkan 90 bingkai sesaat iaitu 50% lebih tinggi berbanding panel skrin 60Hz yang biasa digunakan pada telefon pintar didalam segmen harga ini.

Lebih-lebih lagi, penggunaan panel skrin 90Hz pada realme narzo 20 Pro memberikan pengguna satu pengalaman visual skrin yang sangat lancar dan lembut pada setiap operasi skrin. 

Apa yang lebih menarik, antara muka realme UI juga menawarkan sokongan penuh bagi panel skrin 90Hz yang memastikan kesinambungan antara skrin dan perisian.

Selain itu, skrin paparan ini juga mempunyai resolusi skrin FHD+ 2400×1080 dengan tahap kecerahan maksima 480nits dan tidak lupa nisbah skrin kepada rangka yang tinggi iaitu 90.5%.

Hasilnya, pengguna realme narzo 20 Pro dapat menikmati tontonan video dan permainan video yang lebih imersif dengan kadar bingkai maksima 90Hz.

Dalam pada itu, untuk menambahkan ketahanan skrin ini, realme narzo 20 Pro juga didatangkan dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass.

Mod Warna 

Panel skrin 90Hz realme narzo 20 Pro juga menyokong pelarasan mod warna skrin dan terdapat dua mod warna skrin yang ditawarkan. 

Mod skrin Vivid – panel skrin akan memaparkan kandungan didalam gamut warna P3 yang memberikan pengguna paparan sebenar dengan warna lebih menarik.

Mod skrin Gentle – panel skrin akan memaparkan kandungan didalam gamut warna P3 yang biasa dengan warna yang tidak terlalu ketara.

Kesimpulanya, teknologi skrin 90Hz Ultra Smooth yang ditawarkan pada realme narzo 20 Pro ternyata merupakan satu ciri penting pada telefon pintar dan penggunaan panel skrin ini pada telefon pintar terbaru realme ini sudah pastinya disambut baik oleh peminat realme di Malaysia.

realme narzo 20 Pro telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 3 November ini dan siaran langsung majlis pelancaran telefon pintar ini boleh disaksikan di Facebook realme Malaysia bermula jam 12 tengahari.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.