Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme narzo 20 Pro – Cipset Gaming Helio G95 & Sistem Penyejukan Gentian Fiber

realme narzo 20 Pro – Cipset Gaming Helio G95 & Sistem Penyejukan Gentian Fiber 

realme Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan kemasukan telefon pintar ‘narzo by realme’ ke pasaran tempatan dan model pertama yang akan ditawarkan di Malaysia adalah realme narzo 20 Pro.

Usaha realme untuk membawa masuk telefon pintar ‘narzo by realme ‘ke pasaran Malaysia seharusnya diberikan pujian kerana ianya memberikan pengguna tempatan lebih banyak pilihan pada harga penjualan yang kompetitif.

Selain teknologi pengecasan 65W SuperDart, realme nazro 20 Pro telah disahkan akan hadir dengan cip pemproses Helio G95.

Pemproses Gaming MediaTek Helio G95 

Seperti kebanyakkan cipset keluaran MediaTek, telefon pintar realme sekali lagi diberi penghormatan untuk menjadi model pertama didunia untuk menggunakan cipset Helio G95 ini.

realme Narzo 20 Pro telah dinobatkan sebagai telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan pemproses gaming MediaTek Helio G95 yang telah menerima mata ujian AnTuTu luar biasa yang melebih 30W+.

Lebih-lebih lagi, pengunaan cipset berkuasa tinggi Helio G95 meletakkan realme narzo 20 Pro sebagai satu telefon pintar berprestasi tinggi ditangan anda.

Selain itu, cipset MediaTek Helio G95 telah dibangunkan secara eksklusif untuk menjadi teras kepada satu pengalaman gaming luar biasa pada telefon pintar.

Dalam pada itu, pemproses Helio G95 ini telah diperbuat berdasarkan proses 12nm yang menjadikanya lebih berkuasa tinggi dan efisien.

Seterusnya, cipset MediaTek Helio G95 ini terdiri daripada dua cip Cortex-A76 yang berprestasi tinggi dengan kelajuan sehingga 2.05GHz bersama 6 cip Cortex-A55 yang cekap tenaga pada kelajuan sehingga 2GHz manakala GPU yang digunakan adalah Mali-G76 pada kelajuan 900MHz.

Kesimpulanya, dengan kombinasi CPU,GPU, RAM berkelajuan tinggi dan AI yang terbaik, realme narzo 20 Pro menjanjikan penggunaan satu pengalaman gaming yang sangat lancar.


Sistem Penyejukan Gentian Fiber

Bersama-sama pemproses MediaTek Helio G95, realme narzo 20 Pro hadir dengan sistem penyejukan peranti gentian fiber yang terbaik di pasaran .

Sistem ini menjanjikan penyejukan peranti sehingga 8.6% lebih sejuk dan ini membolehkan telefon pintar realme narzo 20 Pro berfungsi pada prestasi optimal sepanjang masa.

Akhir sekali, gabungan cipset gaming Helio G95 dan sistem penyejukan gentian fiber pada realme narzo 20 Pro menjanjikan satu pakej telefon pintar gaming yang serba boleh yang pasti mendapat perhatian peminat realme di Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai realme nazro 20 Pro dan banyak lagi boleh anda dapati di Facebook realme Malaysia

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.