Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme narzo 20 Pro akan dilancarkan di Malaysia 3 November ini – Skrin 90Hz & 65W SuperDart Charge

realme narzo 20 Pro akan dilancarkan di Malaysia 3 November ini - Skrin 90Hz & 65W SuperDart Charge 3
realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar narzo akan memasuki pasaran tempatan dan model pertama didalam siri ini yang akan ditawarkan kepada peminat realme di Malaysia adalah realme narzo 20 Pro.

Siri realme narzo adalah satu siri yang pada mulanya hanya ditawarkan dipasaran India namun kini ianya telah mula memasuki pasaran antarabangsa yang termasuk Malaysia.

realme nazro 20 Pro adalah model mercu didalam siri realme narzo dan ianya menampilkan skrin paparan 90Hz Ultra Smooth berukuran 6.5-inci.

Selain itu, realme narzo 20 Pro juga telah menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses MediaTek Helio G95 yang direka khas untuk menawarkan gaming terbaik kepada pengguna dan ianya juga dipadankan dengan 8GB RAM berserta 128GB storan dalaman.

Selain itu, realme narzo 20 Pro juga dikatakan akan hadir dengan tetapan quad-kamera 48MP, kamera selfie 16MP.

realme narzo 20 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang turut disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 65W SuperDart yang mampu mengecas penuh peranti didalam masa 38 minit sahaja.

Untuk maklumat penuh mengenai realme narzo 20 Pro ini, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton majlis pelancaran rasmi di Facebook realme Malaysia pada 3 November ini.

Tontoni video buka kotak realme narzo 20 Pro dibawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.