Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange Berasaskan Kulit Vegan Premium Tiba Di Malaysia 28 Oktober ini pada Harga RM 1,499

realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange Berasaskan Kulit Vegan Premium Tiba Di Malaysia 28 Oktober ini pada Harga RM 1,499

realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange Berasaskan Kulit Vegan Premium Tiba Di Malaysia 28 Oktober ini pada Harga RM 1,499 21

realme, syarikat telefon pintar yang terkenal dengan reka bentuk trendsetter kini telah mengumumkan satu kejutan baru untuk pengguna di Malaysia.

realme mempunyai pendirian kukuh bahawa gaya dan telefon pintar adalah saling berkait rapat antara satu sama lain.

Buktinya, realme telah bekerjasama dengan pelbagai pereka tersohor seperti Naoto Fukusawa dan Jose Levy untuk menghasilkan produk realme.

realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange Berasaskan Kulit Vegan Premium Tiba Di Malaysia 28 Oktober ini pada Harga RM 1,499 22

Dalam pada itu, koloborasi dengan syarikat fesyen tempatan dan pembukaan realme Design Studio Malaysia juga membuktikan komitmen realme untuk menawarkan pengguna produk yang sentiasa mengikut kemajuan dunia fesyen.

Untuk itu, realme sentiasa berusaha untuk melakukan inovasi pada reka bentuk telefon pintar dan mengkaji kemungkinan menggunakan warna, proses dan bahan baru.

Sehubungan dengan itu, realme 7 Pro yang merupakan antara telefon pintar terbaik realme pada tahun ini telah disahkan akan hadir didalam satu edisi istimewa yang terhad kepada pengguna di Malaysia.

realme 7 Pro edisi khas Horizon Orange ini adalah berinspirasikan fenomena matahari terbit pada ufuk.
realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange Berasaskan Kulit Vegan Premium Tiba Di Malaysia 28 Oktober ini pada Harga RM 1,499 23

Lebih-lebih lagi, reka bentuk premium Mirror Design pada realme 7 Pro telah diterjemahkan didalam gaya baru dengan integrasi split design yang biasa digunakan pada industri fesyen.

Selain itu, pengunaan reka bentuk split design pada realme 7 Pro Horizon Orange ini memberikan kemasan visual yang sangat menarikĀ  dan sentuhan premium.

Seterusnya, kulit Vegan Mikro yang digunakan pada realme 7 Pro ini mempunyai ketebalan hanya 0.4mm dan ini membolehkan telefon pintar ini mengekalkan reka bentuk yang nipis dan ringan namun dengan reka bentuk baru.

Dari kulit mentah hingga produk akhir, realme 7 Pro Horizon Orange ini melalui 14 proses pembuatan yang teliti termasuk pemotongan, jahitan, penekanan sejuk dan penekanan panas.

realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange Berasaskan Kulit Vegan Premium Tiba Di Malaysia 28 Oktober ini pada Harga RM 1,499 24

Selain itu, tidak seperti pada panel belakang yang diperbuat daripada gelas atau plastik, kulit pada bahagian bucu telefon pintar ini perlu dipotong, dicat dan dijahit semula seperti produk kulit yang lain.

Pada masa yang sama, logo ikonik realme kini tidak lagi dicetak pada panel belakang. Logo iniĀ  dibentuk pada proses yang berasingan sebelum disadur dan dipotong menggunakan mesin CNC yang memberikan kemasan metalik premium pada permukaan kulit telefon pintar ini.

realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange Berasaskan Kulit Vegan Premium Tiba Di Malaysia 28 Oktober ini pada Harga RM 1,499 25

65W SuperDart Charge

Seperti pada realme 7 Pro, realme 7 Pro edisi khas ini juga dilengkapi dengan teknologi 65W SuperDart Charge yang menawarkan anda pengalaman pengecasan yang tiada bandingnya.

Hasil mekanisma pengecasan berefisien tinggi, teknologi 65W SuperDart Charge mampu mengecas penuh bateri berkapasiti 4,500mAh yang dimiliki realme 7 Pro Horizon Orange dalam masa yang amat singkat.

realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange Berasaskan Kulit Vegan Premium Tiba Di Malaysia 28 Oktober ini pada Harga RM 1,499 26

Seterusnya, bateri 4,500mAh yang disertakan pada realme 7 Pro edisi khas ini boleh dicaj ke tahap 100% hanya dalam masa 34 minit sahaja manakala 10 minit pengecasan memberikan anda 42% jangka hayat bateri.

realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange Berasaskan Kulit Vegan Premium Tiba Di Malaysia 28 Oktober ini pada Harga RM 1,499 27

Dalam pada itu, pengecasan ketika gaming menggunakan teknologi 65W SuperDart Charge juga sangat efisen dimana ketika anda sedang sibuk bermain game, realme 7 Pro hanya mengambil masa 30 minit untuk mencapai pengecasan 43%.

realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange Berasaskan Kulit Vegan Premium Tiba Di Malaysia 28 Oktober ini pada Harga RM 1,499 28

AI Color Potrait Video

Mod AI Color Potrait pula membolehkan sebahagian daripada potret yang diambil berwarna manakala sebahagian lagi didalam warna kelabu yang sangat berfungsi untuk memberikan kesan sinematik menonjol kepada subjek di dalam video.

realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange Berasaskan Kulit Vegan Premium Tiba Di Malaysia 28 Oktober ini pada Harga RM 1,499 29

Night Filters

Kamera realme 7 Pro Horizon Orange juga mempunyai tiga filter malam yang popular iaitu Cyberpunk, Flamingo dan Modern Gold. Dengan hanya satu ketikan, anda boleh mengambil gambar malam di kawasan yang menarik dengan lebih bergaya.

Akhir sekali, selepas mengetahui dengan lanjut mengenai realme 7 Pro edisi Horizon Orange ini, anda pasti tertanya-tanya bila telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia.

realme 7 Pro Edisi Khas Horizon Orange Berasaskan Kulit Vegan Premium Tiba Di Malaysia 28 Oktober ini pada Harga RM 1,499 30

Jawapan bagi persoalan anda ini adalah, realme 7 Pro edisi khas Horizon Orange akan memasuki pasaran Malaysia pada 28 Oktober ini dengan harga penjualan yang sama seperti versi biasa iaitu RM 1,499 sahaja.

Selain itu, Penjualan pertama realme 7 Pro edisi khas Horizon Orange ini akan berlangsung secara eksklusif di Shopee pada jam 12 tengah malam 28 Oktober ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.