Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Watch GT2 kini rasmi – peranti bangsawan

Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Watch GT2 kini rasmi - peranti bangsawan 1

Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Watch GT2 kini rasmi - peranti bangsawan 2
Selain pelancaran HUAWEI Mate40, Mate40 Pro dan Mate40 Pro+, Huawei juga telah memperkenalkan Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Porsche Design Watch GT 2.

Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Watch GT2 kini rasmi - peranti bangsawan 3

Porsche Design Huawei Mate40 RS merupakan model generasi keenam kerjasama antara Huawei dan Porsche Design.

Dari segi dalaman, telefon pintar ini memiliki spesfikasi yang 100% sama seperti Huawei Mate40 Pro+ namun pada bahagian luaran, ianya hadir dengan indentiti yang tersendiri.

Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Watch GT2 kini rasmi - peranti bangsawan 4

Panel belakang Porsche Design HUAWEI Mate40 RS tampil dengan reka bentuk kamera octagon dengan dua kemasan iaitu Ceramic White dan Ceramic Black.

Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Watch GT2 kini rasmi - peranti bangsawan 5
Selain itu, pada modul kamera ini juga terdapat satu sensor suhu inframerah yang mampu menyukat suhu dari -20° sehingga 100°.

Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Watch GT2 kini rasmi - peranti bangsawan 6

Panel belakang ini juga mempunyai jalur yang melangkaui kamera dengan tulisan jenama Porsche Design.

Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Watch GT2 kini rasmi - peranti bangsawan 7
Selain itu, Porsche Design Huawei Mate40 RS ini juga hadir dengan 12GB RAM dan 512GB storan dalaman namun ianya adalah produk mewah yang akan ditawarkan pada harga €2,295 (RM 11,228).

Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Watch GT2 kini rasmi - peranti bangsawan 8

Porsche Design Huawei Watch GT 2

Porsche Design Huawei Watch GT 2 menampilkan reka bentuk berasaskan gelas sapphire dan bingkai titanium.

Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Watch GT2 kini rasmi - peranti bangsawan 9

Bahagian belakang jam tangan diperbuat daripada seramik yang mesra kulit sementara tali pergelangan tangan adalah titanium dan mempunyai pendakap rama-rama.

Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Watch GT2 kini rasmi - peranti bangsawan 10
Bahagian tali jam juga mempunyai pelaras yang membolehkan anda melonggar atau mengetatkanya dengan tangan, tanpa memerlukan alat tambahan untuk mengubah panjang tali jam.

Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Watch GT2 kini rasmi - peranti bangsawan 11

Seperti Watch GT 2 Pro, ianya menyokong 100 mod kecergasan, bacaan degupan jantung dan SpO2 berterusan, kalis air 5ATM, TrueSleep 2.0 dan 14 hari jangka hayat bateri.

Selain itu, Porsche Design Huawei Watch GT 2 juga hadir dengan skrin paparan AMOLED 1.39”, HUAWEI OS pada rangka 46mm.

Porsche Design Huawei Mate40 RS dan Watch GT2 kini rasmi - peranti bangsawan 12

Harga penjualan Porsche Design Huawei Watch GT 2 adalah €695 (RM 3,400).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.