Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C17 Malaysia – Konfigurasi 6GB RAM & 256GB Storan Dalaman Yang Paling Berbaloi di Pasaran


realme C17 Malaysia – Konfigurasi 6GB RAM & 256GB Storan Dalaman Yang Paling Berbaloi di Pasaran

realme, nama yang tidak asing lagi didalam arena telefon pintar global dan tempatan baru-baru ini telah memperkenalkan raja kelas entry-level yang baru iaitu realme C17.

Penawaran realme C17 dengan pelbagai teknologi  kelas flagship membuktikan kesungguhan realme untuk memberikan pengguna lebih dari apa yang mereka bayar.

Selain skrin paparan 90Hz Ultra Smooth dan teknologi quad-kamera, realme C17 juga disertakan dengan konfigurasi RAM/ ROM yang terbaik pada segmen harganya dan Bateri berkapasiti tinggi.

6GB RAM + 256GB Storan Dalaman

Telefon pintar didalam segmen entry-level kebiasaanya akan ditawarkan didalam kapasiti RAM dan ROM yang kecil.

Walaubagaimanapun, realme mengambil pendekatan yang berbeza pada realme C17.

realme C17 akan ditawarkan didalam varian tertinggi iaitu 6GB RAM jenis LPDDR4x selain storan dalaman 256GB jenis UFS 2.1

Dalam pada itu, konfigurasi ini membolehkan realme C17 diangkat sebagai telefon pintar dengan kapasiti RAM dan ROM yang terbaik didalam segmen harganya

Bateri 5,000mAh & 18W Fast Charge

realme C17 telah disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menawarkan anda ketenangan minda untuk melakukan pelbagai aktiviti kegemaran anda pada telefon pintar ini tanpa perlu risau akan kehabisan bateri di tengah hari.

Dalam pada itu, kapasiti bateri 5,000mAh yang ditawarkan pada realme C17 juga membolehkan realme C17 berfungsi sebagai powerbank bagi mengecas peranti lain yang kehabisan bateri kerana ianya juga disertakan dengan fungsi OTG reverse charge yang amat berguna. 

Sehubungan dengan itu, bateri berkapasiti 5,000mAh membolehkan anda berjauhan dengan proses pengecasan untuk tempoh yang panjang, namun apabila diperlukan, realme telah memastikan bahawa proses pengecasan realme C17 berlaku didalam waktu yang pantas.

Untuk itu , realme telah menyertakan teknologi pengecasan 18W fast charge yang memastikan bateri dapat dicaj didalam masa yang singkat.

Seterusnya, teknologi pengecasan pantas 18W fast charge membolehkan telefon pintar raja entry-level ini mencapai tahap pengecasan 33% didalam masa 30 minit sahaja.


Battery Life Optimization

Walaupun bateri berkapasiti 5,000mAh adalah tunjang kepada penawaran jangka hayat peranti yang luar biasa, perkara ini tidak akan menjadi kenyataan dengan optimasi perisian yang mendalam.

Untuk itu, realme telah menerapkan pelbagai ciri tambahan yang akan membantu penjimatan bateri iaitu App Quick Freeze dan Screen Battery Optimization.

App Quick Freeze – sistem telefon pintar akan membekukan operasi dibalik tabir bagi aplikasi yang kurang digunakan.

Screen Battery Optimization – akan mengurangkan kesan animasi pada skrin untuk meningkatkan jangka hayat bateri.

Selain itu, realme C17 juga hadir dengan fungsi penjimatan bateri ketika tidur iaitu sleep standby optimization.

Super Saving Mode

realme C17 juga disertakan dengan mod penjimatan bateri yang dikenali sebagai Super Saving Mode.

Ciri ini membolehkan anda memilih 6 aplikasi yang sering digunakan untuk mencapai tahap jangka hayat bateri yang luar biasa.

Lebih-lebih lagi ,kajian juga mendapati bahawa secara purata pengguna hanya mengguna 6 aplikasi sepanjang 70-80% waktu menggunakan telefon pintar dan ini membolehkan realme menghasilkan satu mod penjimatan bateri yang membantu pengguna menikmati pengunaan telefon pintar yang lebih lama tanpa mengganggu corak dan pengalaman pengunaan harian.

Akhir sekali, mod Super Saving pada realme C17 membolehkan menikmati 1.2 jam waktu penggunaan aplikasi permesejan WhatsApp dengan hanya 5% kapasiti bateri.

Kesimpulanya, bateri berkapasiti 5,000mAh yang ditawarkan pada realme C17 menjanjikan pengguna pengalaman telefon pintar yang terbaik dan memuaskan.

realme C17 akan ditawarkan pada harga RM 899 dan telah diumumkan juga bahawa telefon pintar ini akan ditawarkan melalui rangkaian telekomunikasi Digi.

Maklumat lanjut dan status terkini penawaran realme C17 oleh Digi boleh diketahui di Facebook realme Malaysia

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.