Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 8T kini rasmi dengan skrin AMOLED 120Hz & Warp Charge 65W pada harga dari RM 2,433

OnePlus 8T Malaysia

OnePlus secara rasminya telah memperkenalkan OnePlus 8T dan ianya hadir dengan beberapa penambahbaikan yang menjadikan telefon pintar ini lebih dekat dengan OnePlus 8 Pro.

OnePlus 8T kini rasmi dengan skrin AMOLED 120Hz & Warp Charge 65W pada harga dari RM 2,433 13

OnePlus 8T kini hadir dengan skrin paparan AMOLED 6.5-inci yang menawarkan pengguna kadar segar semula 120Hz namun ianya masih mengekalkan resolusi 1080p+ dan telefon pintar ini juga menjadi model pertama OnePlus untuk menawarkan ciri AlwaysOn dengan 11 antaramuka tersedia dalam peranti.

OnePlus 8T kini rasmi dengan skrin AMOLED 120Hz & Warp Charge 65W pada harga dari RM 2,433 14
Selain itu, perubahan terbesar adalah dari teknologi pengecasan pantas Warp Charge 65W yang mampu mengecas bateri berkapasiti 4,500mAh yang dimiliki OnePlus 8T didalam masa  39 minit sahaja.

Selain itu, peranti ini juga menyokong pengecasan pantas USB Power Delivery pada kadar sehingga 45W yang bermaksud anda boleh menggunakan adapter lain ketika waktu kecemasan.

OnePlus 8T dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 865 (bukan versi 865+) dan ianya disertakan dengan dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 8/128GB dan 12/256GB.

Lebih-lebih lagi, jenis RAM yang digunakan pada OnePlus 8T adalah jenis LPDDR4X RAM manakala storan dalaman adalah dari jenis UFS 3.1 yang pantas.

OnePlus 8T kini rasmi dengan skrin AMOLED 120Hz & Warp Charge 65W pada harga dari RM 2,433 15

Selain itu, OnePlus 8T juga dilengkapi sistem penyejukan Vapor Chamber yang 285% lebih lebar berbanding generasi sebelum ini.

OnePlus 8T juga telah mendapat penghormatan sebagai antara telefon pintar pertama untuk ditawarkan dengan Android 11 dari kotak pembelian.

OnePlus 8T kini rasmi dengan skrin AMOLED 120Hz & Warp Charge 65W pada harga dari RM 2,433 16

OnePlus 8T dilengkapi dengan sensor kamera utama 48MP Sony IMX586, sensor ultrawide 16MP yang paling lebar pernah digunakan pada telefon pintar OnePlus (123°), sensor makro 5MP yang memberikan anda fotografi mikro pada jarak 3cm dan sensor depth 2MP.

OnePlus 8T kini rasmi dengan skrin AMOLED 120Hz & Warp Charge 65W pada harga dari RM 2,433 17OnePlus 8T kini rasmi dengan skrin AMOLED 120Hz & Warp Charge 65W pada harga dari RM 2,433 18

The OnePlus 8T akan ditawarkan didalam dua warna iaituAquamarine Green dan Lunar Silver.

Harga penjualan OnePlus 8T di India adalah seperti berikut :

OnePlus 8T 8/128GB – INR 42,999 – RM 2,433

OnePlus 8T 12/256GB – INR 45,999 – RM 2,602

Buat masa ini masih belum ada tarikh dan harga penjualan untuk pasaran Malaysia namun pelancaran OnePlus 8T di Malaysia dijangka akan berlangsung didalam masa terdekat.

OnePlus 8T akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Oktober ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.