Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri HUAWEI Mate 40 akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober ini


Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business telah mengumumkan bahawa pelancaran global siri Huawei Mate akan diadakan pada 22 Oktober iniZ

Richard Yu telah mengesahkan perkara ini dengan memuat naik satu poster dan video teaser di akaun Weibo milik beliau.

Berdasarkan pensijilan MIIT, keluarga HUAWEI Mate 40 akan terdiri daripada tiga model iaitu Mate 40, Mate 40 Pro dan Mate 40 Pro+

Dari segi cip pemprosesan, Siri HUAWEI Mate 40 dijangka akan menggunakan cip Kirin 9000 yang akan menjadi cip 5nm pertama dengan modem 5G terbina namun terdapat juga kemungkinan ianya akan menjadi cip Kirin terakhir daripada syarikat ini.

Dari segi bahagian kamera pula, sekurang-kurangnya satu daripada model akan ditawarkan dengan pengunaan sensor 108MP dan modul periskop yang menyokong pengzooman optik 5x.

Selain itu, sensor kamera Ultrawide beresolusi tinggi bersama-sama sensor ToF juga mungkin disertakan selain teknologi pengecasan pantas 66W.

Pastikan anda mengikuti perkembangan terkini pelancaran HUAWEI Mate 40 di mobilefokus.com

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.