Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MediaPad 10TS akan ditawarkan mulai 10 Oktober pada harga RM 999 sahaja



Huawei kelihatan agresif didalam penawaran tablet di Malaysia dan selepas memperkenalkan beberapa 
tablet didalam siri MatePad, Huawei kini telah mengumumkan Huawei MediaPad 10TS.

Huawei MediaPad 10TS hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 10.1-inci dengan resolusi FHD+ 1920 x 1200. Panel skrin ini juga disertakan dengan teknologi HUAWEI ClariVu yang sangat vivid dan terang.

Selain itu, Huawei MediaPad 10TS juga memiliki dua pembesar suara amplitud tinggi yang ditala oleh Harman Kardon untuk memberikan anda bunyi stereo yang imersif.

Dari pemprosesan, Huawei MediaPad 10TS  disertakan dengan pemproses Kirin 710A, 3GB RAM,  64GB storan dalaman dan EMUI 10.1 yang berasaskan Android 10.

Huawei MediaPad 10TS juga memiliki bateri berkapasiti 5,100mAh, fungsi dual-window, mod kanak-kanak dan stor aplikasi Huawei AppGallery.

Huawei MediaPad 10TS akan hadir didalam satu pilihan warna iaitu DeepSea Blue pada harga RM 999 sahaja dan setiap pembelian juga akan disertakan dengan Huawei MediaPad 10TS FlipCover.

Beli Huawei MediaPad 10TS di SINI apabila penjualan bermula pada 10 Oktober ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.