Xiaomi Mi Watch akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Disember
Xiaomi Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Mi Watch ke pasaran Malaysia namun penjualan jam pintar pertama syarikat ini hanya akan bermula pada bulan Disember.
Mi Watch telah dilancarkan bersama-sama siri Xiaomi Mi 10T dan ianya adalah jam pintar pertama Xiaomi dipasaran antarabangsa.
Xiaomi Mi Watch hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.39-inci (450nits), 6 warna tali jam yang diperbuat dari bahan TPU dengan berat 32gram, 16 hari jangka hayat bateri yang mana pengecasan penuh boleh dilakukan didalam masa 2 jam sahaja.
Selain itu, Mi Watch juga merupakan peranti kalis air 5ATM, menawarkan 100 mod kecergasan + 17 mod kecergasan profesional, GPS terbina, Kompas geomagnetik, Tekanan udara dan ketinggian.
Mi Watch juga mempunyai fungsi sebagai alat kawalan kamera, menyokong emoji peranti, bacaan SpO2 dan sleep tracking.
Xiaomi Mi Watch akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Disember 2020 namun harga penjualan masih belum diumumkan.