Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Watch dengan WearOS kini di Malaysia dengan harga serendah RM 899, Find X2 Pro 5G Green Vegan Leather juga diperkenalkan


Oppo secara rasminya telah memperkenalkan Oppp Watch ke pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja.

Oppo Watch adalah jam pintar Oppo yang berasakan WearOS daripada Google dan ianya dilengkapi skrin paparan dual-curved Flexible AMOLED berukuran 1.9-inci iaitu bagi versi 46mm manakala versi 41mm hadir dengan panel skrin Rigid AMOLED berukuran 1.6-inci.

Skrin paparan ini mempunyai kepadatan piksel 326ppi dengan gamut warna DCI-P3 100%.

Sebagai sebuah jam pintar, Oppo Watch juga mempunyai sokongan quick reply, bacaan degupan jantung 24-jam, perekod aktiviti kecergasan, muzik online, pembayaran mudah-alih dan banyak lagi.

Selain itu, Oppo Watch juga hadir dengan pensijlan kalis air 5ATM (Oppo Watch 41mm hanya menyokong kalis air sehingga 3ATM) , 1GB RAM, pemproses Qualcomm Snapdragon Wear 3100 & Ambiq Micro Apollo3 Wireless SoC, 8GB storan dalaman, GPS terbina, NFC dan Google Assistant.

Oppo Watch juga memiliki bateri berkapasiti 430mAh yang menawarkan sehingga 21 hari pengunaan (46mm) dengan sokongan pengecasan pantas Watch VOOC Flash Charging (0-100% dalam masa 75 minit sahaja) manakala Oppo Watch versi 41mm pula hadir dengan bateri 300mAh yang menawarkan sehingga 14 hari pengunaan.

Oppo Watch ini ditawarkan didalam versi WiFi sahaja iaitu pada harga RM 899 bagi versi 41mm dan RM 1,299 bagi versi 46mm.

Oppo Watch kini telah dibuka untuk pra-tempahan iaitu dari 25 September hingga 2 Oktober dan anda akan menerima 2 tali jam bernilai RM 199 secara percuma.

Selain itu,  50 pembeli pertama Oppo Watch (Lembah Klang sahaja) juga akan menerima satu tali jam eksklusif yang direka oleh artis grafiti tempatan iaitu Katun.

Pada 3 Oktober, pelanggan boleh mengambil Oppo Watch di stor Oppo Gardens Mall (10 pagi – 12 tengahari) dan menerima ukiran nama oleh Katun pada tali jam eksklusif yang direka bentuk oleh beliau.

Selain itu, Oppo juga telah memperkenalkan FindX2 Pro Green Vegan Leather yang mana telefon pintar ini hanya ditawarkan didalam satu pakej bundle bersama-sama Oppo Watch.

Anda boleh membuat pra-tempahan pakej bundel ini pada harga RM 5,399 berbanding harga asal RM 6,097 (percuma tali jam eksklusif bernilai RM 159).

Gambar produk

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.