Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7 Pro – Sensor Utama 64MP Sony IMX682 & Teknologi Pengecasan Pantas 65W SuperDart Charge

realme 7 Pro – Sensor Utama 64MP Sony IMX682 & Teknologi Pengecasan Pantas 65W SuperDart Charge

realme, syarikat telefon pintar yang tidak asing lagi dipasaran Malaysia juga terkenal dengan slogan ‘Dare to Leap’.

Syarikat telefon pintar dengan pertumbuhan tertinggi dalam pasaran ini baru-baru ini telah memperkenalkan realme 7 Pro yang membawa inovasi teknologi yang lebih baik kepada pengguna.

Dua ciri utama realme 7 Pro yang memastikanya menonjol di dalam segmen harga ini adalah penawaran teknologi kamera kelas flagship Sony 64MP dan pengecasan pantas 65W SuperDart.

  1. 65W SuperDart Charge

Pada realme 7 Pro, realme telah membawa pengecasan pantas ke satu tahap yang lebih tinggi dengan teknologi 65W SuperDart Charge yang menawarkan anda pengalaman pengecasan yang tiada bandinganya.

Hasil mekanisma pengecasan berefisen tinggi, teknologi 65W SuperDart Charge mampu mengecas penuh bateri berkapasiti 4,500mAh dalam masa yang amat singkat pada masa yang sama memastikan peranti berada di dalam keadaan suhu yang optimum.

Bateri 4,500mAh yang disertakan pada realme 7 Pro boleh dicaj ke tahap 100% hanya dalam masa 34 minit sahaja manakala 10 minit pengecasan memberikan anda 42% jangka hayat bateri.

Anda juga tidak perlu risau akan pengecasan ketika gaming kerana teknologi 65W SuperDart Charge juga sangat efisen ketika anda sedang sibuk bermain game di mana dalam masa 30 minit, pengecasan akan mencapai tahap 43%.

Dengan 3 minit pengecasan, realme 7 Pro mampu menawarkan pengguna 3 pusingan permainan PUBG (1.22 jam), 2 jam pelayaran Instagram, 150 minit tontonan YouTube dan 4 hari waktu standby.

Selain itu, teknologi pengecasan realme 7 Pro tidak hanya terbatas kepada sokongan teknologi 65W SuperDart Charge ini, ianya juga disertakan dengan sokongan pengecasan 18W PD/QC charge yang menjadikannya sebagai satu peranti yang lebih versatil.

98% Ultra Efisen

Keseluruhan proses pengecasan 65W SuperDart Charge pada realme 7 Pro ini dikawal ketat untuk memastikan tiada isu pemanasan melampau yang membolehkan penukaran tenaga elektrik yang tinggi.

Bateri realme 7 Pro mengguna pakai dua unit sel bateri 3C (2250mAh*2) yang meningkatkan kuasa input ketika pengecasan.

10 Sensor Suhu

10 sensor suhu ((NTC Thermistor, Negative Temperature Coefficient) yang terbina ditugaskan untuk memantau perubahan suhu dalam proses pengecasan.

Berdasarkan maklumat tersebut, sistem pengecasan akan dapat menyesuaikan daya pengecasan secara dinamik, dan menghilangkan kepanasan secara efisen.

2.  Quad Kamera dengan Sensor Utama 64MP Sony IMX682

realme 7 Pro meneruskan lagi legasi telefon pintar realme yang sentiasa menawarkan teknologi kamera kelas flagship.

realme 7 Pro disertakan dengan sensor utama 64MP Sony IMX682, sensor ultrawide 8MP 119°, sensor makro dan sensor potret B&W.

Sensor Sony IMX682 : Sensor 64MP Sony IMX682 ini mempunyai deria cahaya yang sangat tinggi dan sensor 1/1.73″ yang sangat lebar. Sensor 64MP ini juga menyokong teknologi Quad Bayer dan memastikan setiap gambar yang diambil cerah walaupun di dalam keadaan low-light.

Sensor 8MP ultra wide dengan field of view 119° – penawaran sensor ini pada realme 7 Pro memastikan pengguna tidak perlu menganjak ke belakang untuk mengambil gambar yang sempurna kerana sensor ini adalah sensor ultra lebar yang cukup luas untuk anda mengambil gambar landskap, bangunan dan juga kumpulan yang besar.

Hanya satu ketikan diperlukan untuk pengguna beralih kepada mod sudut lebar yang membolehkan pengguna mengambil gambar landskap, arkitektur dan kumpulan orang ramai dengan lebih mudah.

Lensa Makro – penawaran lensa makro membolehkan realme 7 Pro mendekati dunia fotografi mikro pada jarak sedekat 4cm sahaja.

Lensa Potret B&W – sistem penapis warna yang baru membolehkan lensa potret pada realme 7 Pro ini mengesan pelbagai tahap cahaya sekaligus membantu sensor utama menyerap lebih banyak cahaya, meningkatkan kontras gambar, gambar gaya retro, dan menambah tekstur pada potret.

Mod Ultra-clear 64MP

Hasil pengunaan sensor Sony IMX682 yang terbaru, realme telah membangunkan mod kamera ultra 64MP yang memberikan kejelasan tidak berbanding pada setiap gambar yang diambil melalui mod ini.

Mod 64MP ini juga boleh beralih antara mod AI atau mod Pro yang mana mod Pro membolehkan pengguna melaras setiap parameter kamera untuk mengambil gambar 64MP yang mempunyai kejelasan ekstrim.

Mod Pro Nightscape

Didalam mod Pro Nightscape pula, anda mempunyai kebebasan penuh untuk melaras kelajuan shutter, white balance dan parameter lain.

Dengan kualiti sensor utama 64MP dan algoritma pelbagai bingkai, kamera realme 7 Pro menawarkan anda kemungkinan fotografi yang lebih terang dan artistik di dalam mod malam.

AI Color Potrait Video

Mod AI Color Potrait pula membolehkan sebahagian daripada potret yang diambil berwarna manakala sebahagian lagi didalam warna kelabu yang sangat berfungsi untuk memberikan kesan sinematik menonjol kepada subjek di dalam video.

Night Filters

Kamera realme 7 Pro mempunyai tiga filter malam yang popular iaitu Cyberpunk, Flamingo dan Modern Gold. Dengan hanya satu ketikan, anda boleh mengambil gambar malam di kawasan yang menarik dengan lebih bergaya.

Starry Mode

Untuk merakam gambar bintang berkelipan di langit, realme telah membangunkan mod gambar eksklusif yang dikenali sebagai Starry Mode.

Ianya menggunapakai algoritma AI yang digabungkan dengan waktu penggambaran yang lebih lama ‘long exposure’ dan sistesis berbilang bingkai yang secara pintar meningkatkan ketajaman dan kecerahan bintang dengan hasil akhir yang amat profesional

Dari segi algoritma, selepas pelbagai ujian dan analisis contoh gambar, realme telah memilih kombinasi istimewa yang menggabungkan 4 parameter utama penggambaran iaitu waktu Shutter, sensitiviti ISO, jarak pemfokusan dan white balance yang membolehkan anda mengambil gambar bintang yang terbaik.

Pertama, pemfokusan auto realme 7 Pro akan memfokuskan kepada bintang yang paling jauh sebelum mengambil 10 gambar jangka masa lama ‘ultra-long exposure’ sebelum beralih ke proses sitensis berbilang bingkai untuk menghasilkan gambar bintang yang teliti dan cerah.

Dua ciri kelas flaghsip pada realme 7 Pro dilihat mampu meletakkan telefon pintar ini sebagai yang terbaik didalam segmen harganya dan pelancaran di Malaysia adalah sesuatu yang amat dinantikan.

realme 7 Pro dan realme 7 akan dilancarkan di Malaysia pada 24 September ini dan anda boleh menyaksikan siaran langsung majlis pelancaran telefon pintar ini di Facebook realme Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.