Oppo Watch akan dilancarkan di Malaysia pada 25 September ini
Oppo secara rasminya telah mengesahkan bahawa jam pintar pertama syarikat ini iaitu Oppo Watch akan dilancarkan di Malaysia pada 25 September ini bersama-samaFind X2 Pro 5G Green Leather Vegan.
Oppo Watch adalah jam pintar Oppo yang berasakan WearOS daripada Google dan ianya dilengkapi skrin paparan dual-curved Flexible AMOLED berukuran 1.9-inci.
Skrin paparan ini mempunyai kepadatan piksel 326ppi dengan gamut warna DCI-P3 100%.
Sebagai sebuah jam pintar, Oppo Watch juga mempunyai sokongan quick reply, bacaan degupan jantung 24-jam, perekod aktiviti kecergasan, muzik online, pembayaran mudah-alih dan banyak lagi.
Selain itu, Oppo Watch juga hadir dengan pensijlan kalis air 5ATM, 1GB RAM, pemproses
Qualcomm Snapdragon Wear 3100 & Ambiq Micro Apollo3 Wireless SoC, 8GB storan dalaman, GPS terbina, NFC dan Google Assistant.
Oppo Watch juga memiliki bateri berkapasiti 430mAh yang menawarkan sehingga 21 hari pengunaan (46mm) dengan sokongan pengecasan pantas Watch VOOC Flash Charging (0-100% dalam masa 75 minit sahaja).
Oppo Watch ini ditawarkan didalam dua versi iaitu versi WiFi dan versi LTE namun masih belum dapat dipastikan samada kedua-dua versi ini akan ditawarkan di Malaysia (versi 41mm dengan skrin rigid AMOLED 1.6” juga ditawarkan oleh Oppo).