Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7 Pro & realme 7 – Telefon Pintar Pertama Dipasaran Untuk Hadir Dengan TÜV Rheinland Reliability Verification

realme 7 Pro & realme 7 – Telefon Pintar Pertama Dipasaran Untuk Hadir Dengan TÜV Rheinland Reliability Verification

realme adalah syarikat telefon pintar dengan kadar pertumbuhan terpantas didunia yang juga terkenal dengan semangat ‘Dare to Leap’.

Kejayaan luar biasa dikecapi realme didalam tempoh yang singkat adalah kerana penawaran produk yang sentiasa berjaya memikat hati pengguna terutamanya golongan muda.

Pelancaran telefon pintar realme 7 Pro dan realme 7 baru-baru ini juga menandakan satu lagi loncatan ke tahap yang lebih tinggi dari segi reka bentuk dan kualiti produk mereka.

Hasilnya, realme 7 Pro dan realme 7 telah dinobatkan sebagai telefon pintar pertama untuk melepasi ujian ketahanan telefon pintar TÜV Rheinland.

Sedia maklum bahawa telefon pintar kini telah menjadi satu alat yang penting kepada pengguna untuk komunikasi antara satu sama lain atau kerja.

Telefon pintar juga menyimpan pelbagai data dan maklumat peribadi pengguna.

Dengan kemajuan teknologi yang pesat, telefon pintar pada masa hadapan pasti akan memiliki lebih banyak fungsi dan kegunaan.

Memandangkan telefon pintar adalah satu alat yang penting didalam kehidupan seharian, ketahanan dan kualiti adalah aspek penting bagi sesuatu telefon pintar ini.

Walaubagaimanapun, telefon pintar menghadapi pelbagai senario kegunaan yang berbeza dan mengukur tahap ketahanan dan kualiti menjadi kompleks dan sukar.

Sejak penubuhan syarikat, realme amat komited untuk menawarkan produk yang menjadi trend dengan kualiti tertinggi dan sebagai jenama antarabangsa yang kini ditawarkan di 61 pasaran, realme telah menetapkan tahap ketahanan telefon pintar yang tinggi sejak produk pertama.

Sebagai penyedia perkhidmatan teknikal antarabangsa yang terkemuka, TÜV Rheinland, yang ditubuhkan pada tahun 1872, telah komited untuk memberikan penyelesaian yang selamat dan lestari terhadap cabaran yang timbul hasil interaksi antara manusia, alam sekitar, dan teknologi.

TÜV Rheinland telah menganugerahkan pensijilan bagi pelbagai jenama yang meliputi puluhan ribu produk.

Kepakaran TÜV Rheinland didalam ujian ketahanan tidak boleh disangkal dan realme telah menjemput syarikat ini untuk berbincang, membangunkan satu set ujian standard bagi menilai kualiti dan kebolehpercayaan telefon pintar.

Pensijilan Pengesahan Kebolehpercayaan Telefon Pintar TÜV Rheinland mengandungi tiga senario penggunaan: penggunaan harian, kebolehpercayaan komponen dan keadaan persekitaran yang melampau.

Antara ujian yang dilakukan adalah jatuhan dari tempat yang tinggi, kehausan produk, prestasi peranti pada suhu rendah dan tinggi, ujian kelembapan tinggi dan rendah, ujian turun naik voltan, ketahanan butang fizikal pada peranti, ujian elektrik statik dan banyak lagi

Setelah merujuk kepada standard kebolehpercayaan produk elektronik pengguna di semua pasaran utama dan piawaian industri, Pengesahan Ketahanan Telefon Pintar TÜV Rheinland meliputi 22 ujian utama dan 38 ujian kecil yang komprehensif.

Menurut standard baru TÜV Rheinland, pemeriksaan kualiti yang ada telah ditingkatkan dan disesuaikan untuk meningkatkan lagi kebolehpercayaan produk, menjadikan telefon pintar realme tidak hanya lebih baik digunakan, tetapi juga lebih tahan lama.

Apa yang lebih menarik adalah, telefon pintar realme ini berjaya melepas ujian ketahanan TÜV Rheinland tanpa sedikit pun menjejaskan reka bentuk‘trendsetting’ yang sangat sinonim dengan syarikat ini.

Telefon pintar pertama dipasaran untuk melepasi ujian ketahanan TÜV RHEINLAND ini akan memasuki pasaran Malaysia pada 24 September ini dan anda boleh menyaksikan siaran langsung majlis pelancaran ini di Facebook realme Malaysia pada jam 12 tengahari.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.