Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Carsome menjadi syarikat pertama untuk menjual kereta terpakai di Shopee

Carsome menjadi syarikat pertama untuk menjual kereta terpakai di Shopee 7
Carsome, platform dagangan kereta terpakai dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, telah menyertai ruang e-dagang untuk menjual kereta terpakai secara dalam talian melalui usaha sama dengan Shopee yang merupakan platform e-dagang nombor satu di Malaysia.

Kini, pengguna yang ingin membeli kereta terpakai mempunyai pilihan premium yang eksklusif di platform Shopee.

Semua kereta yang disenaraikan untuk jualan telah diperakui oleh Carsome, lengkap dengan maklumat spesifikasi kereta dan gambar dari pelbagai sudut, serta didatangkan dengan waranti setahun dan jaminan pengembalian wang dalam tempoh lima hari.

Carsome menjadi syarikat pertama untuk menjual kereta terpakai di Shopee 8

Di samping itu, pengguna Shopee boleh membeli baucar tunai bernilai RM500 pada harga promosi istimewa iaitu RM199 dan menggunakannya untuk menjelaskan bayaran pendahuluan bagi kereta pilihan mereka.

Stor rasmi Carsome di Shopee merupakan kedai dalam talian yang pertama di Malaysia yang menjual kereta terpakai.

Carsome menjadi syarikat pertama untuk menjual kereta terpakai di Shopee 9

Pelancaran kedai rasmi Carsome di Shopee juga bertepatan dengan 10.10 Shopee Brands Festival yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Aliran pelanggan yang lebih tinggi ke platform Shopee pada 10.10 Shopee Brands Festival akan memberikan pendedahan kepada Carsome, dan Carsome boleh mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan kepada pengguna bahawa kini terdapat cara baharu untuk membeli kereta terpakai yang berkualiti.

Pengguna boleh meninjau kereta dari Kedai Rasmi Carsome di Shopee di https://shopee.com.my/carsome.os.

Di sampng itu, pengguna akan dapat menikmati pelbagai tawaran menerusi promosi pelancaran baharu yang sedang berlangsung, seperti:

● Barangan eksklusif Carsome bagi 100 pandu uji yang pertama.

● Program Diskaun Tukar Beli (Trade In): pelanggan yang sebelum ini telah menjual kereta mereka kepada Carsome akan dapat menikmati diskaun sebanyak RM500 apabila mereka membeli kereta dari Carsome.

● Promosi Rujuk Rakan Anda (Refer-A-Friend): pembeli kereta di Carsome boleh mengajak ahli keluarga dan rakan mereka untuk membeli kereta dari Carsome. Kedua-dua pihak akan mendapat ganjaran tunai yang berjumlah sehingga RM800.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.