Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V20 SE akan dilancarkan di Malaysia pada 24 September ini – harga mampu milik


vivo Malaysia sebelum ini telah mengesahkan bahawa vivo V20 SE akan memasuki pasaran tempatan dan kini tarikh pelancaran telefon pintar ini telah diumumkan.

Vivo V20 SE telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 24 September ini dan pelancaran juga boleh ditonton secara langsung melalui Facebook vivo Malaysia.

Vivo V20 SE dijangka akan hadir dengan harga penjualan yang amat berpatutan dan antara spesifikasi telefon pintar yang telah disahkan oleh Vivo Malaysia adalah kamera selfie 32MP iaitu pada panel skrin waterdrop.

Vivo V20 SE akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Gravity Black & Oxygen Blue

Selain itu, pada bahagian belakang, Vivo V20 SE akan memiliki tetapan kamera tri-kamera seperti pada vivo V19 namun resolusi kamera ini masih belum diketahui.

Apa pun segala teka teki mengenai vivo S20 SE akan terjawab minggu hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.