Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga penjualan Sony PlayStation 5 kini rasmi – tiba di Malaysia 19 November pada harga sekitar RM 1,899


Sony secara rasminya telah mengumumkan harga dan maklumat penjualan konsol gaming terbaru mereka iaitu PlayStation 5.

Seperti yang diketahui sebelum ini, Sony PlayStation 5 akan ditawarkan didalam dua versi iaitu versi standard dengan pemacu disk dan versi digital tanpa pemacu disk.

Sony PlayStation 5 Malaysia Price

Sony PlayStation 5 versi standard akan ditawarkan pada harga $499.99/€499.99/₤449.99 (RM 2,066) manakala versi digital akan ditawarkan pada harga $399.99/€399.99/₤359.99 (RM 1,652).


Kini beralih ke tarikh penjualan pula, Sony PlayStation 5 akan mula ditawarkan dari 12 November di pasaran Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, Mexico, Australia, New Zealan dan Korea Selatan manakala pasaran lain akan mula menerima konsol ini bermula 19 November 2020.

Persoalan yang bermain difikiran pengguna di Malaysia adalah apakah harga penjualan dan bila konsol gaming ini akan memasuki pasaran tempatan.

Sebagai perbandingan, Sony PlayStation 4 juga hadir dengan harga penjualan dari $399 ketika pelancaranya pada tahun 2013 dan di Malaysia ianya ditawarkan pada harga RM 1,799.

Ini memberikan petunjuk jelas bahawa harga Sony PlayStation 5 akan bermula pada harga dibawah RM 2,000 dan kami meramalkan ianya akan ditawarkan pada harga dari RM 1,899 atau RM 1,999.

Selain itu, Sony juga telah mengumumkan perkhidmatan Sony PlayStation Plus Collection sebagai ciri tambahan didalam langganan PlayStation Plus bagi pemilik PS5.

PlayStation Collection membolehkan mereka menikmati permainan video popular pada PlayStation 4 sejurus selepas mereka menerima konsol mereka.

Berikut adalah senarai permainan video popular didalam PlayStation Plus Collection:

  • God of War
  • The Last of Us Remastered
  • Uncharted 4
  • Battlefield 1
  • Monster Hunter World
  • Fallout 4
  • Final Fantasy XV
  • The Last Guardian
  • Ratchet & Clank
  • Infamous Second Son
  • Days Gone
  • Bloodborne
  • Detroit Become Human
  • Batman Arkham Knight
  • Mortal Kombat X
  • Persona 5
  • Until Dawn
  • Resident Evil Biohazard

Selain itu, Sony juga telah mengumumkan harga bagi aksesori sampingan PlayStation 5 seperti  berikut :

DualSense Wireless Controller – $69.99 (RM 289)

Pulse 3D wireless headset – $99.99 (RM 414)

HD Camera – $59.99 (RM 249)

Media Remote – $29.99 (RM 124)

DualSense Charging Station – $29.99 (124)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.