Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco X3 akan ditawarkan di Lazada pada 17 September ini – dari RM 799 untuk pembeli terawal


Poco X3 yang dilancarkan baru-baru ini telah memasuki pasaran Malaysia pada 9 September yang lalu iaitu selang 2 hari selepas pelancaran global.

Pada penjualan khas itu, Poco X3 telah ditawarkan pada harga early-bird yang sangat menarik iaitu serendah dari RM 799 sahaja.

Poco X3 kini rasmi – skrin 120Hz dan Snapdragon 732G pada harga dari RM 799 sahaja

Bagi anda yang terlepas promosi menarik ini, Xiaomi Malaysia sekali lagi telah mengumumkan penawaran Poco X3 pada harga penjualan yang sama seperti penjualan pertama namun kali ini ianya akan ditawarkan di Lazada.

Selain daripada itu, 100 pembeli terawal Poco X3 ini juga akan menerima kipas penyejuk peranti Black Shark Fun Cooler secara percuma.

Pastikan anda tidak terlepas penjualan khas ini kerana ianya akan berlangsung tepat pada jam 12 tengah malam ini.

Beli Poco X3 di Lazada

Berikut adalah harga Poco X3 di Malaysia

Poco X3 6/64GB – RM 899 *RM 799 – harga promosi

Poco X3 6/128GB – RM 1099 * RM 949 – harga promosi

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.