Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Watch Series 6 dan Watch SE dilancarkan secara rasmi – harga di Malaysia dari RM 1,199

Apple Watch Series 6 dan Watch SE dilancarkan secara rasmi - harga di Malaysia dari RM 1,199 1

Majlis pelancaran Apple awal pagi tadi telah menyaksikan Apple memperkenalkan Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE.

Apple Watch Series 6 dan Watch SE dilancarkan secara rasmi - harga di Malaysia dari RM 1,199 2

Apple Watch Series 6

Apple Watch Series 6 hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Watch 5 namun hadir dengan cipset S6 yang 20% lebih pantas berbanding cip S5 dan terdapat juga Cip U1 yang membolehkan ianya digunakan sebagai kunci digital untuk membuka kereta anda.

Selain itu, Apple Watch Series 6 juga memiliki sokongan bacaan kadar saturasi oksigen dalam darah (SpO2) manakala WatchOS 7 membawakan fungsi bacaan VO2 Max berdasarkan pergerakan dan kadar degupan jantung pengguna.

Apple Watch Series 6 dan Watch SE dilancarkan secara rasmi - harga di Malaysia dari RM 1,199 3

Apple Watch Series 6 juga menawarkan ciri sleep tracking, mengesan basuhan tangan dan mod kecergasan baru.

Apple Watch Series 6 dan Watch SE dilancarkan secara rasmi - harga di Malaysia dari RM 1,199 4

Apple Watch Series 6 juga hadir dengan panel skrin yang menawarkan ciri Always On yang 2.5 kali ganda lebih terang (jangka hayat bateri sama seperti Apple Watch series 5 iaitu 18 jam) berbanding generasi sebelum ini dan terdapat 7 Watch Face baru disertakan.

Pengecasan Apple Watch Series 6 juga 20% lebih pantas yang mana pengecasan penuh mengambil masa kurang dari 1.5 jam.

Harga penjualan Apple Watch Series 6 akan bermula dari RM 1,749 bagi saiz 40mm dan dari RM 1,899 bagi 44mm.

Tarikh penjualan Apple Watch Series 6 di Malaysia masih belum diketahui buat masa ini.

Apple Watch Series 6 dan Watch SE dilancarkan secara rasmi - harga di Malaysia dari RM 1,199 5

Apple Watch SE

Apple juga telah memperkenalkan Apple Watch SE yang lebih berpatutan yang mempunyai reka bentuk dan sensor heart rate yang sama seperti pada Watch Series 5 dengan accelerometer, gyroskop dan altimeter always on seperti pada Series 6.

Apple Watch Series 6 dan Watch SE dilancarkan secara rasmi - harga di Malaysia dari RM 1,199 3

Apple Watch SE akan hadir dengan harga penjualan dari RM 1,199 iaitu bagi saiz 40mm manakala saiz 44mm pula ditawarkan pada harga dari RM 1,349.

Seperti Apple Watch Series 6, tarikh penawaran Apple Watch Series 5 di Malaysia masih belum diketahui.

Apple Watch Series 6 dan Watch SE dilancarkan secara rasmi – harga di Malaysia dari RM 1,199

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.