Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini Apple iOS 14 akan ditawarkan di Malaysia dari 17 September – untuk pemilik iPhone 6S dan ke atas


Apple secara rasminya telah mengesahkan bahawa kemaskini Apple iOS 14 akan mula ditawarkan kepada semua pengguna (iPhone 6S & ke atas)

Apple iOS 14 diumumkan secara rasmi dengan Home Screen Widget,Picture-in-Picture & banyak lagi

Ini mungkin kali pertama Apple menawarkan iOS terbaru kepada pengguna iPhone sebelum pelancaran rasmi generasi terbaru iPhone yang ditunda ke bulan Oktober.

Bagi pengguna iPhone di Malaysia, kemaskini Apple iOS 14 akan mula ditawarkan untuk anda pada 17 September ini iaitu seawal jam 1 pagi.

Seperti biasa anda boleh melakukan kemaskini melalui iTunes atau OTA(Over the Air) namun anda dinasihatkan untuk melakukan backup terlebih dahulu.

Selain iOS 14, Apple juga akan menawarkan kemaskini iPadOS 14, watchOS 7 and tvOS 14 serentak mulai esok.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.