Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI HarmonyOS 2.0 kini rasmi – telefon pintar pertama akan dilancarkan pada 2021

HarmonyOS 2.0
Kira-kira 12 bulan lalu, HUAWEI telah memperkenalkan sistem operasi mereka yang tersendiri iaitu HarmonyOS dan pada HUAWEI Developer Conference 2020 yang berlangsung hari ini, Richard Yu telah memperkenalkan generasi kedua sistem operasi ini.

HarmonyOS 2.0 juga hadir dengan ciri cross-platform yang menawarkan sokongan pelbagai peranti seperti TV, jam pintar, set multimedia kereta dan banyak lagi.

Selain itu, Richard Yu juga mengesahkan bahawa telefon pintar pertama dengan HarmonyOS akan turut menjadi realiti tahun hadapan dan ianya mungkin terhad bagi pasaran China sahaja pada permulaanya.

Selain itu, HUAWEI juga telah mengesahkan SDK bagi HarmonyOS 2.0 akan mula ditawarkan mulai esok iaitu bagi peranti seperti TV, jam pintar dan HU kereta manakala bagi SDK HarmonyOS 2.0 bagi telefon pintar ianya hanya akan tiba pada bulan Disember.

Huawei juga telah mendedahkan projek OpenHarmony yang sama seperti Android Open Source Project. Ini membolehkan pembangun aplikasi membangunkan aplikasi untuk HarmonyOS yang boleh disokong pada peranti yang mempunyai kapasiti serendah 128Mb.

Selain itu, HUAWEI juga menawarkan status terbaru eksositem aplikasi HMS yang kini mempunyai hampir 96,000 aplikasi dengan sokongan daripada 1.8 juta pembangun perisian.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.