Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Y20 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja


Vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru didalam siri Vivo Y iaitu Y20 kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 599 sahaja.

Vivo Y20 kini sudah ditawarkan untuk pembelian di stor konsep vivo. wakil penjual rasmi, rakan kolaborasi dan platform e-perdagangan seperti Lazada, Shopee, dan vivo Store.

Vivo Y20 adalah telefon pintar kelas entry level yang sangat baik dimana ianya dilengkapi dengan skrin paparan Halo FullView berukuran 6.51-inci dengan resolusi 1600 x 720 HD pada kadar 20:9.

Teknologi skrin in-cell terbaru yang digunakan pada vivo Y20 ini amat sesuai untuk kaki gamers dan peminat filem kerana skrin yang sangat terang dan berwarna.

Beralih kepada bahagian dalaman, Vivo Y20 disertakan dengan pemproses Snapdragon 460 yang dipadankan bersama 4GB RAM dan storan dalaman 64GB namun terdapat juga slot microSD yang menawarkan tambahan 256GB storan.

Bahagian bateri Vivo Y20 juga tidak kurang menariknya kerana telefon pintar ini dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh dengan teknologi penjimatan bateri AI Power-Saving dan tidak lupa juga sensor capjari pada bahagian sisi.

Vivo Y20 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna menarik iaitu Nebula Blue dan Dawn White pada harga penjualan yang amat berpatutan iaitu hanya RM 599.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.