Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo akan melancarkan ColorOS 11 yang berasaskan Android 11 pada 14 September ini


Susulan  pelancaran Android 11 oleh Google semalam, OPPO secara rasmi juga telah memperkenalkan versi beta awam ColorOS 11 yang berasaskan Android 11 – menjadikannya pengeluar telefon pintar pertama yang menawarkan Android 11 yang stabil.

Oppo juga telah membuka pendaftaran bagi program ujian beta awam l untuk pengguna Siri Find X2  dan Siri Reno 3 (4G).

penamaan ColorOS 11 (iterasi sebelumnya adalah OS 7) dan tarikh pelancaran juga memberikan bukti jelas bahawa OPPO bekerja lebih rapat dengan Google untuk mengembangkan perisiannya dan menyesuaikan diri dengan sistem operasi Android yang asli.

OPPO juga telah mengumumkan majlis pelancaran global untuk ColorOS11 yang dijadualkan pada 14 September jam 5.00 petang.

Pada majlis pelancaran ColorOS 11, Oppo akan memperlihatkan pendedahan penuh mengenai ciri-ciri yang melengkapkan pengalaman Android asli dan selain versi beta awam serta jangka masa penawaran Color11 kepada pengguna OPPO.

Majlis pelancaran ColorOS 11 yang akan berlangsung minggu hadapan ini boleh ditonton secara langsung melalui pautan dibawah :

Facebook Oppo

Youtube Oppo

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.