Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola Razr 5G kini rasmi – telefon pintar foldable dengan reka bentuk ikonik Motorola

Motorola Razr 5G Malaysia
Motorola secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable terbaru mereka iaitu Razr 5G dan ianya adalah pengganti kepada Motorola Razr yang dilancarkan tahun lallu.

Motorola Razr 5G kini rasmi - telefon pintar foldable dengan reka bentuk ikonik Motorola 9
Motorola Razr hadir dengan reka bentuk ikonik jenama ini iaitu sebagai flip phone dan ianya juga menawarkan sokongan 5G dengan pengunaan Snapdragon 765G, 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Sebagai telefon pintar foldable, Motorola Razr 5G memiliki 2 skrin iaitu satu skrin luaran gOLED bersaiz 2.7-inci dengan resolusi 800×600 piksel (370ppi) manakala pada bahagian dalaman ianya adalah panel pOLED berukuran 6.2-inci dengan resolusi 876×2142 yang mempunyai kepadatan piksel 373ppi.

Motorola Razr 5G kini rasmi - telefon pintar foldable dengan reka bentuk ikonik Motorola 10

Antara penambahbaikan pada Motorola Razr 5G ini adalah lebih banyak aplikasi kini boleh digunakan pada skrin luar antaranya adalah aplikasi kamera, mesej, kalkulator. Google Keep, Google News, Google Home dan YouTube.

Selain itu, anda juga boleh memberikan kebenaran untuk apa-apa aplikasi yang anda mahu untuk menggunakan skrin paparan luaran ini.

Motorola Razr 5G kini rasmi - telefon pintar foldable dengan reka bentuk ikonik Motorola 11

Selain itu, Motorola Razr 5G juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 15W, satu sensor kamera utama 48Mp f/1.7 yang memiliki OIS dan pemfokusan auto laser dan kamera selfie 20MP f/2.2.

Motorola Razr 5G akan memasuki pasaran China dan beberapa pasaran Eropah yang terpilih tidak lama lagi didalam warna Polished Graphite (hitam), Liquid Mercury (perak) dan Blush Gold (emas).

Motorola Razr 5G kini rasmi - telefon pintar foldable dengan reka bentuk ikonik Motorola 12

Harga penjualan Motorola Razr 5G akan ditawarkan pada harga $1,399 atau sekitar RM 5,832.

Pelancaran Motorola Razr 5G ke pasaran antarabangsa lain masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.