Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

IFA 2020 : Honor MagicBook Pro, MagicBook 15 dan MagicBook 14 kini rasmi – dikuasakan dengan pemproses AMD berkuasa tinggi

IFA 2020 : Honor MagicBook Pro, MagicBook 15 dan MagicBook 14 kini rasmi - dikuasakan dengan pemproses AMD berkuasa tinggi 1

IFA 2020 : Honor MagicBook Pro, MagicBook 15 dan MagicBook 14 kini rasmi - dikuasakan dengan pemproses AMD berkuasa tinggi 2
Selain pelancaran Honor Watch GS Pro dan Honor Watch ES, Honor juga telah menggunakan pentas IFA untuk memperkenalkan komputer riba terbaru mereka iaitu Honor MagicBook Pro, Honor MagicBook 14 dan Honor MagicBook 15.

IFA 2020 : Honor MagicBook Pro, MagicBook 15 dan MagicBook 14 kini rasmi – dikuasakan dengan pemproses AMD berkuasa tinggi

IFA 2020 : Honor MagicBook Pro, MagicBook 15 dan MagicBook 14 kini rasmi - dikuasakan dengan pemproses AMD berkuasa tinggi 3
Honor MagicBook Pro

Komputer riba berkuasa tinggi Honor ini akan dikuasakan dengan pemproses AMD Ryzen 5 4600H + Radeon Graphic, RAM 16GB DDR4 (Dual-Chanel) dan storan dalaman pantas SSD 512GB PCIe NVMe.

Honor MagicBook Pro juga dilengkapi dengan skrin paparan FullView berukuran 16.1-inci dengan gamut warna 100% sRGB yang menjadikanya skrin ideal untuk semua perkara.

IFA 2020 : Honor MagicBook Pro, MagicBook 15 dan MagicBook 14 kini rasmi - dikuasakan dengan pemproses AMD berkuasa tinggi 4

Honor MagicBook Pro juga hadir dengan reka bentuk yang amat kompak dan ringan dengan ukuran 369 mm x 234 mm x 16.9mm.

Honor MagicBook Pro akan mula memasuki pasaran Eropah pada 7 September 2020 dengan harga €899.90 (RM 4,423) manakala penawaran di Malaysia adalah pada bulan Oktober 2020.

IFA 2020 : Honor MagicBook Pro, MagicBook 15 dan MagicBook 14 kini rasmi - dikuasakan dengan pemproses AMD berkuasa tinggi 5

Honor MagicBook 14 & 15

Honor MagicBook 14 & Honor MagicBook 15 adalah komputer riba yang sesuai untuk anda melakukan tugas-tugas harian dan ianya dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen 5 4500U, 8GB RAM dan storan dalaman 512GB.

IMG_8401.jpeg

  • Honor FullView Display – skrin paparan IPS
  • RAM 8GB DDR4 Dual-Chanel
  • Storan dalaman SSD sehingga 512GB B PCIe NVMe
  • Chasis aluminum ringan
  • Multi-screen collaboration
  • Pop-up webcam
  • Butang kuasa dengan sensor capjari
  • Jangka hayat bateri sehingga 10.5 jam
  • Pengecasan pantas 65W (46% dalam 30 minit).

Honor MagicBook 14 dan Honor MagicBook 15 akan ditawarkan pada harga €699.90 (RM3,437) dan €749.90 (3,683).

Seperti Honor MagicBook Pro, Honor MagicBook 14 & MagicBook 15 akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Oktober 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.