Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Experience Store Sunway akan dibuka secara rasmi pada 29 Ogos 2020


OPPO kini menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan produk OPPO di Sunway OPPO Experience Store yang terbaru.

Stor terbaru Oppo ini akan dibuka pada 29 Ogos 2020 ini dan  OPPO Experience Store merupakan tempat di mana OPPO mempamerkan dan menawarkan produk OPPO terbaik kepada rakyat Malaysia.

Peminat O juga boleh turut serta dalam cabutan bertuah yang merangkumi hadiah pulangan wang tunai 100%, OPPO Enco Free dan banyak lagi.

Terletak di tingkat F1, Sunway OPPO Experience Store membawa pengalam stor konsep telefon pintar ke satu tahap lebih tinggi.

O Fans juga dapat memperoleh pengalaman langsung serta  pengetabuan mendalam mengenai peranti OPPO yang terbaru mahupun yang akan datang.

Stor ini juga menyediakan akses ke peranti IoT OPPO seperti fon telinga OPPO dan fon telinga OPPO TWS.

Dalam meraikan pelancaran Experience Store, OPPO mengadakan akan Promosi Penjualan Kilat eksklusif, yang menawarkan telefon pintar OPPO dengan harga yang lebih murah.

Oppo akan menawarkan Oppo A31 64GB pada harga RM499 (RRP 599), OPPO Reno3 pada harga RM1199 (RRP 1499) manakala OPPO Reno3 Pro akan ditawarkan pada harga RM1599 (RRP 2099) sahaja.

Promosi Jualan Kilat ini boleh didapati bermula jam 1.30 petang hingga 3.30 petang dari 29 Ogos hingga 31 Ogos 2020.

Selain itu, pada hari pelancaran, peminat O yang membeli sebarang produk dan peranti OPPO juga berpeluang memenangi hadiah percuma bernilai RM13,623 dengan menyertai cabutan bertuah.

Hadiah dari cabutan termasuk pulangan tunai 100%, alat dengar MH320, OPPO Enco Free, baucar KFC dan baucar diskaun OPPO.

Dari 29 Ogos hingga 30 Ogos 2020, peminat O yang membeli sebarang peranti OPPO dari Stor ini juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM937.

Pembelian mana-mana peranti siri A akan disertakan dengan jaminan waranti tambahan satu tahun dan termos, manakala pembelian siri Reno juga turut hadir dengan jaminan tambahan satu tahun, termos dan beg Reno manakala pembelian telefon pintar siri Find pula hadir dengan jaminan satu tahun tambahan, diskaun RM300 dan OPPO Enco Percuma.

Tawaran OPPO Merdeka Mega juga berlangsung di stor ini, pastikan untuk mengunjungi Oppo Experience Store Sunway dan rebut peluang untuk semua hadiah dan promosi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.