Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Design Studio Malaysia kini dibuka secara rasmi

realme Design studio
realme melancarkan Design Studio pertamanya di Malaysia yang telah mencuri tumpuan kerana ianya membawa pakar teknologi dan seni dibawah satu bumbung.

realme Design Studio telah bekerjasama dengan pereka terkenal di dunia seperti Naoto Fukasawa dan Jose Levy, untuk menghasilkan produk realme yang mengikuti trend semasa.

Dari segi reka bentuk, realme juga telah memenangi Anugerah Reka Bentuk Red Dot yang berprestij untuk realme X2 Pro Master Edition, yang memberikan cabaran yang sengit kepada  jenama terkemuka diindustri.

realme C12 kini rasmi di Malaysia- berharga RM 529 disertakan dengan realme Buds Classic

realme juga telah mempelopori inovasi bukan sahaja dalam reka bentuk tetapi juga dalam teknologi, terutama ketika apabila melancarkan teknologi pengecasan pantas 125W pertama di dunia.

realme Design Studio yang bertempat di Lot: 58370, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur juga akan menjadi lokasi berlangsungya realme 828 Fans Festival yang akan bermula dari 28 Ogos sehingga 30 Ogos 2020.

realme juga telah berkerjasama dengan pelbagai jenama popular dikalangan golongan muda Malaysia seperti Laneige, Sunway Lagoon, Lazada, Shopee, Nene Chicken, Nerdunit, Eggette Lab, BaWangChaJi dan Dissy.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.