Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 828 Fans Festival Akan Berlangsung di realme Design Studio Malaysia pada 28-30 Ogos 2020

realme 828 Fans Festival Akan Berlangsung di realme Design Studio Malaysia pada 28-30 Ogos 2020 

realme secara rasminya telah memperkenalkan program”realme Trendsetters” yang memberikan ruang kepada pereka “Trendsetter”, artis dan pereka fesyen yang mempunyai kepakaran didalam bidang masing-masing untuk berkerjasama menghasilkan gadget teknologi Trendsetter.

realme Design Studio

Untuk ini realme telah menubuhkan realme Design Studio yang menghimpunkan pereka terbaik industri untuk menawarkan telefon pintar dan produk AIoT kepada pengguna dengan mengintegrasi teknologi terkini seperti 5G, AI, fotografi dan realme UI .

Para pengunjung dan peminat realme juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dengan peluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM 100,000

828 realme Fans Festival

Festival peminat tahunan realme 828 Fans Festival yang di adakan buat julung kali ini akan berlangsung selama tiga hari di realme Design Studio, Kuala Lumpur iaitu pada 28  Ogos, 29 Ogos bermula dari 11.30 pagi hingga 10 malam dan pada 30 Ogos dari jam 11.30 pagi sehingga 12 tengah malam ( Disertakan dengan sambutan Ambang Kemerdekaan).

Lokasi realme Design Studio adalah di Lot: 58370, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Untuk menjayakan 828 Fans Festival ini, realme juga telah berkerjasama dengan pelbagai jenama popular dikalangan golongan muda Malaysia seperti Laneige, Sunway Lagoon, Lazada, Shopee, Nene Chicken, Nerdunit, Eggette Lab, BaWangChaJi dan Dissy.

Peminat realme berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti baucar tunai, baucar rebat, kupon makanan, kupon ais krim dan banyak lagi.

Selain itu, realme 828 Fans Festival juga memberikan anda peluang untuk bertemu barisan artis kegemaran Malaysia seperti Bungaisme, Sophia Liana, Noki ft Loca B, Yonnyboi, IamNeeta, SOG (Sekumpulan Orang Gila), Sufian Suhaimi, Floor88, Insomniacks dan Zynakal yang akan mengadakan persembahan sepanjang festival ini berlangsung.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk bersama-sama menghebohkan realme 828 Fans Festival yang juga bakal menjadi lokasi ‘Instagram’ terhangat di Kuala Lumpur 

Bagi anda yang berminat untuk menyertai realme 828 Fan Festival, anda boleh mendaftar di https://forms.gle/8xvBk45yvETwt2Yp7

Bagi anda yang lebih berminat untuk menontonya dari keselesaan rumah anda, anda boleh berbuat demikian dengan menonton siaran langsung 828 Fans Festival di Facebook realme Malaysia

Maklumat lanjut mengenai realme 828 Fans Festival juga boleh didapati di akaun Instagram atau Facebook realme malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.