Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor 34” dan Mi Portable Photo Printer kini di Malaysia pada harga dari RM 249


Xiaomi yang baru menyambut ulang tahun ke-10 mereka kini telah mengumumkan penawaran Mi Curved Gaming Monitor 34” dan Mi Portable Photo Printer ke pasaran Malaysia mulai 24 Ogos ini.

Skrin Mi Curved Gaming Monitor 34” adalah satu lagi produk eksositem terbaru Xiaomi yang kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999.

Mi Curved Gaming Monitor 34-inci ini hadir dengan resolusi WQHD 3440×1440, kadar segar semula kelas gaming 144Hz dan gamut warna sRGB 121% yang menjanjikan paparan yang sentiasa sempurna untuk tontonan.

Mi Curved Gaming Monitor 34” ini kini boleh dibeli pada harga RM 1,999 secara atas talian di stor rasmi Xiaomi di  Lazada atau secara offline di stor rasmi Xiaomi serta pengedar rasmi.

Selain itu, Xiaomi juga mengumumkan penawaran pencetak gambar mudah alih Mi Portable Photo Printer pada harga RM 249.

Mi Portable Photo Printer adalah aksesori telefon pintar yang membolehkan anda mencetak gambar berukuran 2×3-inci dengan mudah dan pantas.

Dengan bateri 500mAh yang dimilikinya, Mi Portable Photo Printer mampu mencetak sehingga 20 gambar dengan satu pengecasan penuh (sambungan melalui Bluetooth 5.0 dan tiga sambungan serentak).

Pengguna juga boleh melakukan pengeditan gambar, menambah filter dan kesan AR melalui aplikasi Mi Home.

Bersama-sama Mi Portable Photo Printer ini, anda juga akan menerima kable pengecasan , dan 5 helai kertas foto.

Mi Portable Photo Printer ini akan ditawarkan pada harga RM 249 dan pembelian boleh dibuat secara atas talian di stor rasmi Xiaomi di  Lazada atau secara offline di stor rasmi Xiaomi serta pengedar rasmi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.