Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo berkerjasama dengan pengarah filem ikonik Netflix, Ho YuHang untuk menghasilkan blokbuster Hari Nasional berjudul “KITA”

Kita vivo short film
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang bakal disambut tidak lama lagi, vivo Malaysia telah bekerjasama dengan Pengarah filem Netflix Malaysia yang terkenal, Ho Yuhang buat pertama kalinyauntuk menghasilkan satu filem dengan tema Merdeka yang mengharukan dan meraikan kepelbagaian di Malaysia.

Baru-baru ini Vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar siri Vivo X terbarunya secara atas talian dan filem Blockbuster Hari Nasional eksklusif vivo yang berjudul – “KITA” akan menjadi filem pertama yang dirakam sepenuhnya menggunakan vivo X50 Pro.

Yo HuYang

Dengan ini, Pengarah Ho Yuhang telah menghadapi cabaran baru didalam kariernya.

Seorang pengarah filem yang telah mengarahkan beberapa dokumentari, filem pendek dan Netflix yang diterima dengan baik dengan pujian antarabangsa, Ho Yuhang juga terkenal dengan iklannya yang popular iaitu TVC untuk Kempen Media Prima yang bertema ‘Terima Kasih’.

Ho YuHang yang berpengalaman dan menguasai industri filem ini, memperoleh 10 anugerah dan 11 pencalonan anugerah yang mengagumkan.

Selain itu pada tahun 2019, gergasi streaming Amerika, Netflix juga telah merekrut Ho Yuhang dan rakan pembuat filem Malaysia Quek Shio Chuan untuk mengarahkan siri asli Mandarin, The Ghost Bride.

Siri enam episod yang dilancarkan pada 23 Januari tahun adalah drama yang berdasarkan novel yang mengupas amalan tradisional perkahwinan hantu.

siri ini telah menerima respons positif yang meluas, Ho Yuhang juga terkenal dengan reputasi yang tinggi dalam industri filem antarabangsa.

Ho Yuhang terkenal sebagai salah satu daripada beberapa pelopor gerakan filem bebas baru Malaysia kerana dia telah berada di industri filem selama lebih dari 16 tahun.

Pengarah Ho yakin bahawa filem komersial dan filem artistik mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Dengan menggabungkan kelebihan luar biasa kamera gimbal Vivo X50 Pro bersama-sama barisan pengarah dan pelakon yang berbakat, Blockbuster Hari Nasional keluaran Vivo ini memberikan impak besar dalam memperlihatkan kemampuan X50 sebagai peranti fotografi flagship terbaik dipasaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.