realme C12 Malaysia – Skrin Mini-Drop 6.5-inci & Teknologi Sensor Cap Jari Pantas
realme C12 Malaysia – Skrin Mini-Drop 6.5-inci & Teknologi Sensor Cap Jari Pantas
realme C12 yang akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Ogos ini bakal menjadi satu model terbaru didalam kelas entry-level realme yang sangat popular.
Sebagai telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh, namun realme dilihat tidak mengabaikan aspek lain pada telefon pintar ini.
Skrin paparan 6.5-inci dengan nisbah lebar 20:9
realme C12 hadir dengan skrin paparan 6.5-inci dengan nisbah 20:9 yang memberikan pengguna satu paparan terbaik untuk pelbagai senario termasuk gaming, video dan banyak lagi.
Reka Bentuk Skrin Mini-Drop
Struktur dalaman skrin realme C12 kini mengadaptasi proses susunan komponen yang terbaru.
Ini membolehkan setiap komponen didalam skrin disusun dengan lebih rapat tanpa menjejaskan fungsi skrin.
Ruang mini-drop pada realme C12 adalah 30.9% lebih kecil berbanding skrin dew-drop lain dipasaran sekaligus meningkatkan nisbah skrin kepada badan ke tahap 88.7%.
Ini memberikan pengguna satu pengalaman skrin tanpa gangguan visual ketika kerja atau bermain.
Sensor Cap Jari Pantas & Face Unlock
Walaupun merupakan telefon pintar kelas entry-level, realme juga telah menawarkan teknologi biometrik pengesanan cap jari pada realme C12.
Teknologi sensor cap jari yang digunakan pada realme C12 ini juga adalah yang terbaik didalam segmen harga.
Selain sensor cap jari pantas, realme C12 juga dilengkapi dengan teknologi pengecaman wajah yang boleh membuka telefon pintar anda dengan sekilas pandang atau satu sentuhan pada skrin.
Dengan pakej telefon pintar yang serba lengkap, realme C12 akan menjadi lagi telefon pintar entry-level king terhangat di Malaysia.
Pelancaran realme C12 akan berlangsung didalam masa 1 hari sahaja lagi dan anda boleh menonton majlis pelancaran realme C12 ini, pukul 11 pagi di Facebook realme Malaysia.